HAPPY BIRTHDAY, IMAN!! - Alam Sari Di Tanah Jauhar

HAPPY BIRTHDAY, IMAN!!

ASSALAMUALAIKUM...


ALHAMDULILLAH... hari ini anknda SK, Nur Iman Fatiha(h) Mohd Rizar telahpun melangkah ke usia 13 tahun. Semoga Allah SWT memanjangkan dan memberkati usianya, sentiasa dipermudahkan urusannya, diberikan kesihatan yang baik, aman makmur hidupnya, dilimpahkan rezeki dan berjaya mencapai apa yang dicita-citakannya.. Aamiiiinnnn.
Syukur juga kerana hajat SK untuk makan besar bersama-sama keluarga SK telah dimakbulkan Allah SWT. Sesungguhnya tiada yang lebih membahagiakan SK selain berkumpul bersama keluarga yang tersayang.. ibu, kakak, adik, anak saudara dan ipar duai.

Birthday Girl... senyum tu cuba betul-betul...
 

Memandangkan hari lahir Iman kali ini jatuh pada hari kerja dan bersekolah di seluruh Malaya,
SK telah merancang untuk menyambutnya lebih awal tambahan lagi adik SK di KL bercuti panjang di Johor. Wahhhh.. seronokkan bila semua dah berkumpul. Iman pun memang tak diberitahu bahawa hari itu kami akan mengadakan majlis untuk dia. Sehinggalah SK pergi mengambil kek barulah Iman tahu itupun dia ingatkan nak sambut di rumah nenek macam biasa.
Hehehe.. kiranya surprise SK menjadi jugaklahkan. 


Haaaaaaaaaaaa...
mesti ramai yang dah tahu (siapa kawan fesbuk mesti tahu) dan yang tak tahu mesti perasan siapakah gerangan pembuat kek yang bertuah nikan. Heiiii, bertuahlah, ni yang tempah bukan calang-calang tau, Seri Kandi dari Tanah Jauhar, jangan main-main.. hehehe. Dan, jangan tak tahu SK dah tempah kek ini sejak lima bulan lepas tau. Dan sejak itulah SK mula menabung demi kek yang gorgeous ini  ;-)))))))) Bukan sahaja gorgeous tetapi alahai sangatlah sedap.
Makan sambil lap air mata tau tak???


Kali ini SK memilih lokasi yang agak istimewa iaitu di Mariners Cafe, yang pernah SK ceritakan
DI SINI. Memang syiok buat birthday party di sini kerana mereka ada menyediakan ruangan yang privacy untuk pelanggan tau. Nak ambil gambar pun cantik. Jadi bagi sesiapa yang masih mencari-cari lokasi mengadakan majlis kecil-kecilan macam ni, bolehlah datang ke sini, okeyyyyy.


Inilah keluarga SK yang kuat makan.... aummmmmmmm!!

5 comments:

  1. Salam sari
    Tahniah. Dh besar ank awk. Hepi besday to iman. Semoga beroleh kejayaan dunia akhirat dn mjadi ank yg soleha.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir Nur Iman Fatiha...Semoga menjadi penyejuk mata dan hati keluarga sentiasa dunia akhirat.

    ReplyDelete
  3. happy birthday iman...
    moga menjadi kebanggaan ibu ayah..

    ReplyDelete
  4. slmt hari lahir iman semoga menjadi anak yang cemerlang

    ReplyDelete
  5. Semoga bertambah rezeki awak2 sekeluarga sebab belanja kami2 semua. Untuk iman aka yaya.. Selamat ulang tahun. Semoga segala impian menjadi kenyataan.ameen.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih