PULANG - NOVEL - Alam Sari Di Tanah Jauhar

PULANG - NOVEL

Assalamualaikum...

SETELAH lama menanti,  akhirnya filem Pulang menemui penonton pada hari esok.  Ya,  inilah filem yang saya tunggu-tunggu selepas membaca novel adaptasi filem ini tulisan penulis kegemaran saya Kak Lily Haslina Nasir yang saya ikuti tulisannya sejak beliau bergelar wartawan di Majalah Jelita.

Walaupun novel Pulang merupakan novel adaptasi dari skrip filem Pulang arahan Khabir Bathia namun Kak Lily mengakui bahawa beliau mula mengarang sebelum skrip asal datang ke tangannya sendiri demi mengejar dateline.  Dalam gelap,  Kak Lily yang diberi peluang menonton filem Pulang mencatat setiap apa yang dilihatnya.  Pakaian,  tingkah laku,  cuaca,  pasang surut laut semua dicatatnya. Padanlah,  terasa seperti menonton sendiri di layar perak biarpun dengan hanya membayangkan watak utamanya sahaja,  Remy Ishak.

Pulang mengisahkan tentang dua hati yang saling mencintai bertemu.  Othman,  anak muda yang dewasa di laut menaruh hati pada Che Tom yang baru berhijrah ke tempat Othman. Tuntutan hidup membuatkan mereka terpaksa berpisah. 
Che Tom tetap setia menunggu Othman dan mengharapkan Othman pulang. 
Hatinya sentiasa tertanya-tanya ke mana Othman?
Lupakah Othman pada janjinya? 
Dan Che Tom terus menunggu sehingga berpuluh tahun lamanya. 

Mengapa Othman tidak pulang? 
Benarkah Othman mungkir janji dan melupakan Che Tom? 
Nak tahu kenalah baca novel Pulang. 
Ke... Nak terus tengok filem Pulang aje? 
Hehehe. 

Tapi,  bagi Sk tak rugi pun kalau anda membeli novel Pulang selepas menonton filem Pulang. 
Sebab,  indahnya bahasa ditambah pantun yang dikarang Kak Lily. 
Siapa tak kenal Kak Lily jaguh pantun sejak zaman sekolah sampai zaman universiti kan. 
Haaa..  Kalau nak tahu macam mana hebatnya Kak Lily berpantun,  segera dapatkan novel Pulang ni ya. 

Wassalam. 

3 comments:

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih