Assalamualaikum WBT
RAMAI yang ambil cuti panjang sempena Hari Raya Aidiladha yang lepas. Sk tidak terkecuali, kebetulan pulak Cikwa masih ada di Tanah Jauhar, jomlah kita ramai-ramai pergi makan di Restoran Bogabali cawangan Eco Botanic. Mulanya tak ting tak tu jugak, nak makan di mana, akhirnya kita ikut cadangan Cik Ani la ke Restoran Bogabali.
Tapi, pagi tu Cik Ani kena vertigo. Rumah berpusing dan sakit kepala,nak muntah. SK dah kena kan vertigo akhir tahun lepas, jadi boleh bayangkan macam mana rasanya tu. Sampai ke tengahari pun tak pulih pening kepala Cik Ani, jadi macam tu la.. tak cukup korum. Cuma ada Angah, Cikwa, Jaika, Iman dan Sk merangkap Tuan Tanah Kedaung. Dapat duduk di meja cantik ni tapi rugi tak minta tolong staf ambilkan gambar penuh.
Sk dari rumah, Iman dari office. Sebelum Iman sampai, dia minta Sk snap-kan gambar menu, senang dia nak order siap-siap, katanya. Ini menu Nasi Campur Bali. Ia datang bersama sate lilit, beberapa side dish dan boleh pilih lauk sama ada ayam, seafood, ikan atau daging.
Menu Nasi Tumpeng. Rasa masa datang ke sini sebelum ni macam tak ada menu Nasi Tumpeng.
Menu panggang-panggang dari Jimbaran. Jimbaran ni sebuah nama tempat tepi Pantai di Bali.
Ada juga pilihan makanan penyet-penyet dari Jawa Timur. Ia juga datang bersama side dish yang berlainan dengan pilihan ayam, seafood, daging dan ikan.
Dessert dan Mocktail. Sk kalau tengok dessert cantik-cantik ni mudah tergoda la.
Minuman. Snap menu gitu-gitu jer terus send guna whatsapp kat Iman, tu la asal boleh jer gambar, 🤣.
Pada mulanya nak ambil menu untuk 4 - 5 pax tapi lepas tu rasa lagi mudah ambil ala carte, ikut selera masing-masing.
Pilihan Cikwa, Nasi Ikan Siakap Penyet, RM29.90.
Set ini mengandungi nasi putih, seekor ikan siakap goreng, sambal penyet, kentang dan tempe berlado, sayur celur, telur rebus sambal, ulam timun, salad dan tomato, keropok moni dan kerepek belinjau.
Angah pilih Nasi Seafood Penyet, RM27.90.
Set ini mengandungi nasi putih, sotong dan udang goreng, sup, sayur celur, sambal penyet, tauhu dan tempe goreng, telur rebus sambal, ulam salad, timun dan tomato serta keropok moni dan kerepek belinjau.
Pilihan Sk, Nasi Tumpeng Seafood Goreng, RM28.90.
Setnya mengandungi nasi kuning, udang dan sotong goreng, sambal tumis, sambal penyet, kentang dan tempe berlado, kangkung celur, mihun goreng, ulam timun, salad dan tomato, keropok moni dan kerepek belinjau.
Iman punya, Nasi Campur Bali Ayam Goreng, RM21.90. Yang ni side dishnya hampir sama, bonusnya ada sate lilit.
Menu nasi dihidang dalam talam yang dianyam ni, dialas kertas lilin dan daun pisang. Jaika tak makan nasi, dia makan Bakso tapi lupa nak ambil gambar Bakso Jaika sekali sebab Bakso sampai lambat sikit. Walaupun pelanggan ramai dan hampir full house tapi servis nasi cepat ya. Memang bagus sistem di kitchen mereka ni.
Ni pertama kali Sk makan Nasi Tumpeng. Selalu tengok gambar aje, Nasi Tumpeng dijadikan hidangan setiap kali ada sambutan majlis istimewa seperti ulangtahun kelahiran.
Fakta Utama dan Simbolisme
Bentuk Kon: Melambangkan puncak gunung berapi (terutama Gunung Mahameru), yang dianggap suci dalam tradisi Jawa.
Warna Nasi: Nasi kuning melambangkan kekayaan, nasib baik, dan kemakmuran.
Lauk-pauk: Lauk yang pelbagai disusun mengelilingi nasi bagi melambangkan kesyukuran dan kepelbagaian rezeki.
Alpukat menjadi pilihan minuman Iman dan Jaika.
Jaika bersama hidangan pilihannya, Bakso dan alpukat.
Cikwa dan menu pilihan, Nasi Ikan Siakap Penyet. Tak, sebenarnya Sk pun keliru jugak ni nama menu sebenar Cikwa sebab kalau Siakap Penyet patutnya ada tempe dan tauhu sekeping tu kan.
Edit: Okey, dah ingat. Cikwa makan Nasi Uduk Ikan Siakap laaa. Tak ingat sebab tak ambil gambar menu nasi uduk tapi bila belek
old post makan di Restoran Bogabali, jumpa menu Nasi Uduk. Dalam old post tu jugak nampak memang ada menu Nasi Tumpeng, Sk la tu yang tak perasan, hahahha.
Angah dan Nasi Seafood Penyet. Aaa.. ini kompom betul sebab ada tauhu dan tempe.
Iman dan Nasi Campur Bali Ayam Goreng. Habis makan, Iman ambil serai sate lilin tu, bungkus dengan tisu, masukkan dalam handbag Sk. Dia kata sayang, serai tu elok lagi, hihihi.
Tuan Tanah Kedaung bersama Nasi Tumpeng Seafood Goreng.
Es Campur untuk Tuan Tanah Kedaung. Kemahen ko ek, Sk!
Dalam Es Campur ada campuran isi kelapa, nangka, jelly, nata de coco dan susu.
Rojak Buah. Tapi macam sengkuang yang banyak, hahaha.
Cikwa dan Jaika sedang menikmati Es Teler. Es Teler mengandungi buah avocado, kelapa dan nangka dengan curahan santan.
Gendang-gendut tali kecapi, foto-foto perut kenyang suka hati.
Semoga dapat berkumpul lagi di suatu waktu dan ketika yang lain pulak, InsyaAllah.. Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih