BUBUR NASI YANG SUNGGUH ISTIMEWA

Assalamualaikum...

DI USIA begini tiada apa yang lebih indah dari mengenang masa lepas. Ibu masak bubur,  ceduk bubur panas-panas dalam mangkuk dan cucuk ikan bilis menegak atas bubur keliling pinggan macam lilin hari jadi.  Lepas tu ambil kicap,  picit bentuk bulatan melingkar-lingkar atas bubur..  Duduk bersila depan mangkuk sambil nyanyi happy birthday dan pura-pura tiup lilin.. Hehehe.

Itu cerita zaman kanak-kanak.  Zaman sekarang tak sedap makan bubur tak ada kangkung belacan.  Tak enak makan bubur tak ada sambal ketuk.  Tak ada selera kalau tak ada telur masin.  Maklumlah tekak orang tua..  Kahhhhh.


Terima kasih untuk ibu yang masih masakkan bubur untuk kami dari kecik hingga tua bangka. Cik Embun tukang masak lauk-lauknya.  Sk tukang makan aje. Burpppp.. Alhamdulillah.. Syukurrrr nikmat! 

2 comments:

  1. Sedapnyaaa..
    Tak sakit pun kalau makan bubur macam ni pun sedap...

    ReplyDelete
  2. sedapnya makan bubur. lama dah tak makan. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 746

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih