DAH BERKACA MATA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

DAH BERKACA MATA

Assalamualaikum...


DUA perkara terkini tentang Sk sekarang yang perlu anda tahu (nak tahu ke?) 
Sk sekarang dah berkaca mata. 
Sebenarnya masa check mata, Sk diberitahu bahawa mata Sk masih normal tapi bila Sk beritahu Sk ada masalah untuk membaca,  staf kedai cermin mata tu pun tanya umur Sk. 
Haaa..  Memang kalau ikut umur macam Sk ni akan ada masalah nak membaca katanya, tu yang Sk buat juga cermin mata untuk membaca. 

Tapi guna untuk membaca ajelah. Kalau untuk kegunaan biasa kaburrrr terus. 
Dalam gambar ni Sk guna cermin mata dari kedai RM2 jer padahal ada juga buat yang RM50 tapi framenya besar sangatlah pulak, tak sesuai buat pakai di pejabat sebab sekejap kena buka,  sekejap kena pakai. 

Okey,  perkara yang kedua,  sekarang Sk tidak lagi mengajar tapi dah buat kerja-kerja pejabat. Kuranglah sikit stress mengadap budak-budak tapi stress ngadap benda lain pulak. 

Apa nak buat...  Dah nasib badannnn!

2 comments:

  1. Kekekeke macam cikgu besar laaa mak inche hehehee

    ReplyDelete
  2. ooo mak inche dah rabun eh.. welcome to the club hehehe

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih