EYE TO EYE WITH THE WILD @ BUKIT GAMBANG SAFARI PARK - Alam Sari Di Tanah Jauhar

EYE TO EYE WITH THE WILD @ BUKIT GAMBANG SAFARI PARK

Assalamualaikum...

BERAKHIR sudah cuti sekolah penggal ketiga. Namun, ramai yang menanti kehadiran September yang dikatakan antara bulan yang mempunyai paling banyak cuti umum. Cuti berderet-deret pulak tu malah hingga mencecah sepuluh hari. Tidak hairanlah ramai ibu bapa yang memilih bulan September untuk membawa anak-anak berjalan sakan sebab tidak perlu mengambil cuti tahunan yang panjang.

Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari destinasi untuk untuk membawa anak-anak bercuti atau bagi individu yang ingin mengambil kesempatan bercuti bersama rakan-rakan, kali ini Sk ingin mengajak anda ke Bukit Gambang Resort City (BGRC). Jika dalam beberapa entri SK sebelum ini, Sk membawa anda ke Bukit Gambang Water Park dan Active Academy Bukit Gambang, kali ini Sk ingin membawa anda menerokai pula Bukit Gambang Safari Park. Jomlah kita!

Image may contain: one or more people, people sitting and shoes

Bukit Gambang Safari Park (BGSP) merupakan Taman Safari Terbesar di Malaysia.
Berbeza seperti kebanyakan taman haiwan yang lain, BGSP akan menemukan anda secara peribadi  dengan haiwan eksotik dari seluruh dunia. Di BGSP terdapat lebih daripada 300 spesies haiwan yang  kebanyakannya adalah yang pertama di Malaysia. Siapa sangka dengan jarak hanya 35 km dari bandar Kuantan, Pahang tersembunyi sebuah taman safari seluas 138 hektar hutan sekunder.

No automatic alt text available.


Antara tarikan utama di BGSP adalah...
1. Singa Putih Pertama dan Cubs Singa Putih yang lahir di Malaysia 


Image may contain: night, fire and outdoor



2. Lima Pertunjukan Aktif yang boleh memuatkan sehingga 2,000 pengunjung pada satu masa dalam sebuah arena tertutup

Image may contain: outdoor


3. Menikmati hidangan bersama dengan Singa Putih Afrika


Image may contain: outdoor

4. Dua Zon Taman iaitu  Zon Berjalan dan Zon Drive- Melalui Tram


Image may contain: outdoor and nature

5. Savannah Wilderness Drive-through Terbesar yang menampilkan Haiwan Perayauan Percuma di Habitats Asli mereka

Image may contain: one or more people and people standing


6. Semua laluan sesuai dengan cuaca dan boleh dilalui  baby stroller

Image may contain: 1 person, smiling, standing and night

7. Beroperasi dari siang hingga ke malam

Kredit Gambar - Sunah Sakura
Tarikan terkini dan yang paling menarik tentunya ATV Fun Ride di dalam BGSP.. wowww!


Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Hotline: +6016-9884769
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:
BGRC

Taman Safari Bukit Gambang

Website:

Waktu Operasi:
Selasa - Khamis 12.00 pm - 9.00 pm
Jumaat - Ahad 10.00 am - 9.00 pm
Cuti Umum dan Cuti Sekolah 10.00 am - 9.00 pm
Isnin - Tutup

Harga Tiket dengan 0% GST:
Dewasa 13 tahun ke atas: RM 63.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 43.00
Kanak-kanak tinggi melebihi 90 cm sehingga 12 tahun
Warga Emas 60 tahun ke atas
Kanak-kanak tinggi bawah 90 cm masuk PERCUMA.

Tiket Kombo ( Taman Safari + Taman Tema Air )
Dewasa: RM 88.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 58.00
Untuk Disewa:
Baby Stroller (RM15 + RM15 deposit)

*Wheelchair disediakan atas permintaan






7 comments:

  1. teringinnya nak pergi tp tu lah jauh. by the way, saya dah letak blog ni dalam bloglist di sidebar blog saya. suka sangat dengan blog ni

    ReplyDelete
  2. Paling best pertunjukkan tarsan hehehehe...
    Tapi yang santai, makan malam tu, singa tgk kita, kita tgk singa hahahaha

    ReplyDelete
  3. best bawak anak2 ke safari park ni.. walaupun penat tapi berbaloi dgn kepuasan dapat tgk binatang2 ni depan mata.. anak-anak pun sampai skrg masih bercerita pasal safari ni..

    ReplyDelete
  4. hahahhahaaaa...singa tuhh kuat tido ...tido 18 jam, bangun ngam ngam time magrib.lapar lettewww...hahahhaaa...

    ReplyDelete
  5. it is always fun kan dapat pergi zoo or safari. x kira kanak2 or orang dewasa hehe =D

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih