RESEPI DAGING MASAK KICAP YANG PALING SIMPLE DAN SEDAP - Alam Sari Di Tanah Jauhar

RESEPI DAGING MASAK KICAP YANG PALING SIMPLE DAN SEDAP

Assalamualaikum...

INILAH resepi Daging Masak Kicap yang paling simple dan sedap selama-lama Sk memasak. Apa tak simplenya,  guna empat bahan aje tau,  daging,  kicap dan bawang besar serta minyak masak. Sumpah mati la kalau kata tak senang,  hahaha.


Daging masak kicap ni kegemaran Pak Inche kita. Kalau dia cakap nak daging masak kicap tu,  inilah saja kekdah memasaknya.  Jangan pandai-pandai nak tumis bawang ke..  Letak lada hitam ke..  Nanti rasa dia lari,  merajuk mau tiga hari,  huwa huwa. 

Syarat nak bagi sedap,  wajib guna daging lembu tempatan. Jadi,  kalau anda ada stok daging korban tu bolehlah mencuba. 

Daging Masak Kicap

Sedikit Minyak
Sebuku kecil daging lembu tempatan dihiris nipissss
Kicap manis secukupnya
Bawang besar dipotong bulat

Caranya,  perapkan daging dengan kicap seketika.  Kicap mesti tenggelamkan daging dalam mangkuk. 
Panaskan minyak dalam kuali. 
Masukkan daging bersama kicap. 
Masukkan bawang. 
Masak daging sehingga bawang layu. 
Tutup api. 

Jangan goreng daging terlalu lama nanti ia kecut dan keras. 
Daging cepat masak kerana dipotong nipis, jangan risau okeh. 

Selamat mencuba. 

4 comments:

  1. Boleh cuba daging korban yg ada ni SK..
    Mmg mudah sgt tu 😆

    ReplyDelete
  2. Kalau rumah ni suka kicap rempah , semua bahan di belnder, kuah pokat-pokat, kalau Mak rajin katanya, Mak tambahlah suuun dan kentang dh di gireng...tu ayat Amat biasanya ... huh!

    ReplyDelete
  3. ohhh daging tuh perapp dulu ehkk dgn kicap... ain nak cuba lahhh..nanti ain bgtau yer bila dah siap cuba.hehehhee...

    ReplyDelete
  4. mesti sedap ni.. yang masak2 kicap semua cheq suka =)

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih