MAKAN BERDULANG DI BELITUNG TIMPO DULUK - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN BERDULANG DI BELITUNG TIMPO DULUK

Assalamualaikum... 

SELEPAS melihat matahari terbenam di Tanjung Pendam, kami dibawa ke Rumah Makan Kampung Belitung Timpo Duluk untuk menikmati makan malam. Menariknya di sini, kami didedahkan dengan budaya makan adat orang Belitung. Sebenarnya tidak jauh berbeza pun adat orang Belitung dengan adat kita masyarakat melayu di Malaysia, cuma generasi sekarang semakin melupakan adat mendahului yang tua.


Terpesona.. itulah yang boleh dikatakan tentang perasaan ini sebaik sahaja menjejakkan kaki di halaman rumah makan ini. Tersergam dua bangunan rumah kayu dengan halaman yang luas dan neon yang menerangi keseluruhan bangunan. Kami terus dibawa ke tingkat atas untuk menikmati santapan malam yang sudah disediakan.


Bukan sahaja di luar, malah di dalam rumah makan sendiri diterapkan ciri-ciri tradisi dengan hiasan lama yang menggamit nostalgia termasuklah kelengkapan makan dan minumnya.


Suasana ini benar-benar mengembalikan memori masa silam.
Hening seketika bila masing-masing terpaku melihat hiasan dalam yang dicetuskan pemilik rumah makan ini.


Dulang-dulang bertutup saji diedar dari meja ke meja.
Apa juadahnya belum boleh dibuka dahulu.


Muka masing-masing teruja dan tidak sabar untuk menjamu selera secara berdulang seperti kenduri atok nenek masa kecil-kecil dulu. Adatnya di rumah makan ini, yang muda perlu mendahulukan yang tua. Setiap dulang dikongsi empat orang, ahli yang paling muda akan melayan yang tua dengan menghulurkan pinggan makan dan membuka saji.
Ahli yang tua pula diberi penghormatan untuk menyenduk nasi dan lauk diikuti yang lain mengikut turutan usia.


Juadah yang sering menjadi santapan makan berdulang.
Kami dihidangkan Gangan Darat (daging bersama ubi), Ayam Ketumbar, Otak-otak (seperti sata yang dikukus), Lalapan dan Sambal Serai.

Gangan Darat - Hidangan Singgang Daging Bersama Ubi
Gangan Laut - Hidangan Singgang Ikan


Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati.
Perut dah kenyang, mata dah mengantuk.. jomlah kita balik ke hotel, hehehehe.

Dah.. apa lagi.. Anda masih berpeluang untuk menikmati pengalaman ke Belitung dengan harga istimewa dari Belitung Specialist

MTN Gateaways Pte Ltd

Pertanyaan atau tempahan boleh whatsapp atau call :
Faizun +65 8531 3381 atau
Email admin@mtngetaways.com
Follow IG @mtngetaways atau
Website:
https://www.mtngetaways.com






7 comments:

  1. Maaf bertanya , iman makan kenyang ke waktu ni? Hahahha.. Sebab kak Ain pon makan x kenyang .. Sebab paling muda.. Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah bengongggg..di sini bukan tentang kenyang...tapi tentang "kekeluargaan".. jap eh ko...

      Delete
    2. muahahaha.. dia kata time dia amek gangan darat tu tinggal singkong aje

      Delete
  2. Hahahaha sengal pertanyaan si Ain tu hahahahaha

    ReplyDelete
  3. ooo ada adatnya eh.. memang tak kenyang la ain hahaha

    ReplyDelete
  4. hahaha....nasib baik umur tengah²,jadi sempatlah makan sebelum kehabisan...

    ReplyDelete
  5. bestnye kak pegi ramai2. have fun sgt

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih