THE ULTIMATE ALL INCLUSIVE ISLANDIC HOLIDAY PACKAGE IN TUNAMAYA TIOMAN ISLAND IN 2019 - Alam Sari Di Tanah Jauhar

THE ULTIMATE ALL INCLUSIVE ISLANDIC HOLIDAY PACKAGE IN TUNAMAYA TIOMAN ISLAND IN 2019

Assalamualaikum…

Hi...


2018 kian melabuhkan tirainya. 
Menghampiri 2019 ramai yang sudah merancang untuk bercuti sama ada bersama keluarga atau kawan-kawan. Jika anda masih tercari-cari pakej percutian istimewa yang jauh dari kesibukan kota, apa kata anda dapatkan pakej percutian lengkap dari Tunamaya Beach & Spa Resort Tioman Island dengan hanya RM1538 seorang bermula pada 1 February hingga 31 October 2019 akan datang.



Selepas musim tengkujuh berakhir, percutian 3 Hari 2 Malam di Rainforest Villa, Tunamaya Beach & Spa Resort Tioman Island pastinya berbaloi untuk menyegarkan minda jauh dari hiruk pikuk kota. 

Pakej ini juga termasuk makan sarapan, makan tengahari dan makan malam menikmati air tangan chef yang pastinya menambat selera anda.


Bagi anda yang meminati aktiviti hiking dan snorkeling, jangan lepaskan peluang meneroka hutan rimba tropika dan menyelam ke dasar lautan menikmati keindahan coral dan hidupan lautan.


Segarkan tubuh dengan mengunjungi Sarang Spa yang terletak tidak beberapa jauh dari villa.


Selain pantai, anda juga boleh berenang di kolam resort yang luas dan membiru.


Luahkan kreativiti anda dengan aktiviti mencanting batik dan pelbagai lagi in-door game yang disediakan untuk pengunjung antara pukul 4 petang hingga 6 petang setiap hari.

Pakej adalah termasuk pengangkutan menggunakan feri sama ada dari Jeti Tanjung Gemok, Mersing atau Jeti Mersing ke Jeti Kampung Genting yang akan membawa anda terus ke resort.

Jom, rancang percutian anda di dengan pakej percutian yang amat berbaloi ini.
Untuk pertanyaan dan tempahan anda boleh menghubungi talian 07 766 8888 
atau menghantar email di info.tbsr@careluxuryhotels.com

Maklumat lanjut boleh layari
www.careluxuryhotels.com/tunamaya-tioman

2 comments:

  1. Cantiknya gambar2 dalam blog ni..dah follow blog saya ke dek..terima kasih

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih