Assalamualaikum...
ANDA sedang membaca sambungan
Selepas daftar keluar dari
Myne Resort Kinabatangan dan menempuh perjalanan dua setengah jam dengan menaiki bas serta menikmati makan tengahari di
Pusat Makanan Laut Pasir Putih Baru,
Sk dan rakan media yang lain telah dibawa Menjejaki Warisan Sandakan atau Sandakan Heritage Trail di mana kami dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di bandar Sandakan yang pernah menjadi ibu negeri Sabah sebelum Perang Dunia Kedua.

Lokasi pertama adalah Kuil Buddha Puu Jih Syh yang terletak di atas bukit. Dari balkoni kuil ini kami seolah diperlihatkan kembali Sandakan suatu masa dahulu yang dipenuhi oleh tanaman balak selain kapal dagang yang berlabuh di Sandakan.
Menurut pemandu pelancong kami di Sandakan, Gary Solacito, gelaran negeri di bawah bayu itu diberi oleh pedagang-pedagang yang sering singgah berlindung di Sandakan ketika angin monsun kerana kedudukannya yang terlindung oleh tiupan angin menyebabkan ia digelar di bawah angin atau di bawah bayu.
Kami kemudiannya dibawa melihat Gereja St Michael yang merupakan bangunan batu granit tertua di Malaysia yang mula dibina pada tahun 1893. Ia dikatakan bangunan batu yang tertua di Sabah yang diilhamkan warganegara New Zealand, B.W.Mounfort yang turut menggunakan kayu belian serta pintu dan tingkapnya dibawa dari Hong Kong.
Sk terus dibawa menjejak sejarah Sandakan dengan melawat ke Agnes Keith House yang terkenal yang terletak di dalam kawasan Muzium Sandakan. Untuk pelawat, Agnes Keith House dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kami kemudiannya melihat William Pryer Monumen yang didedikasikan kepada William B Pryer (1845 - 1899) yang membuka Sandakan pada tahun 1879.
Berhampiran dengannya adalah Stairs With Hundred Steps atau juga dikenali sebagai Tangga Seribu di kalangan masyarakat melayu Sandakan.
Kami memasuki Muzium Warisan Sandakan yang memaparkan sejarah Sandakan sebelum dan selepas perang dunia kedua. Melalui gambar yang dipamerkan kita akan didedahkan dengan sejarah Sandakan. Beratus jugaklah gambar yang Sk ambil di dalam stadium ini tapi tak syoklah kalau Sk tunjukkan semuanya. Anda kena datang sendiri ke sini untuk melihat dan menilai sejarahnya.
Untuk mengikuti pengalaman rakan media yang lain boleh ikuti tanda pagar berikut
#VisitMalaysia2020 #VM2020 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#SyiokOSabah #SabahOKbah #visitsandakan #makansandakan
#experiencesandakan
#theWILD #theSAVOURY #theSTORIES #sandakanfoodfest #foodieSandakan
#TourismMalaysia #MalaysianHospitality #maswingmates

blogwalking
ReplyDeletebest sangat muzium warisan tu...paling suka yang tu!
ReplyDeletebestnyer jenjalan ke Sabah
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802