DUA KALI SARAPAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


BELUM lagi masuk waktu zuhur, rasa bateri dah wig hari ni. Pagi-pagi dah keluar, pergi sarapan dulu di Rosco Cafe Iskandar Puteri, lepas tu pergi ambil ubat PI kat farmasi alpro, BBU kemudian beli makanan kucing di Rania Tampoi. Lepas tu, teringat stok ayam dah habis, nak singgah kedai beli. Tu takpa, Sk cakap, macam tak kenyang sarapan tadi, rupa-rupanya, PI pun sama, hahahaha.



Mulanya nak sarapan kat Soto Perdana Madu 4, tapi terke sini pulak. Kami sama-sama pilih nasi lemak daun pisang dan ambil sambal paru sepiring. Total harga makanan dan minuman termasuk sebungkus lagi nasi lemak tapau, RM18.


Sikit sangat sambal nasi lemak, nasi baru separuh makan, sambal dah habis. Mungkin boleh kot bangun cari kot ada sambal tumis kat kaunter tapi malas nak bangun campur segan pun ya jugak. Tu yang agaknya rasa macam tak kenyang. Kat sini pagi-pagi dah siap lauk-pauk dan ulam-ulaman untuk makan tengahari. 


Medan Selera Tepian Harmoni, pelanggan dah tak ramai, dah dekat pukul 11 pagi.


Roti Telur Bawang untuk PI. 


Sk pesan Roti Sarang Burung tapi tak macam RSB tempat lain. Cuma ada telur jer dua biji, burungnya dagingnya tak ada. Selalu RSB ada daging cincang letak kat tepi telur. Masa bayar, dia tanya, ada daging tak? Jadi, mungkin la daging tu dah habis kot. Dekat sini total RM12 termasuk bungkus sekeping roti telur (untuk Iman).


Sebelum balik, singgah pasaraya Hosey beli ayam. Tengok rambutan dia, dah jatuh hukum buang free ni, boleh dijual lagi RM9.99 sekilo.


Nampak budak ni kantoi bertenggek dekat tepi tong ikan bilis ni.  Ni kita cuit, dia terus termasuk dalam tu. Kemahen comel siap berantai, mesti pewaris pasaraya ni, hahahaha. 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita pagi ni sarapan kat roti canai kari kambing...esok la update. .hahaha

    ReplyDelete
  2. Alahai rambutan kecut berut macam tu pun mahai šŸ˜…

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!