AYU REST HOUSE - HOMESTAY CANTIK DI PINGGIR BUKIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


PERCUTIAN ke Perlis kali ini, PI mencadangkan untuk tinggal di homestay. Pada mulanya SK tak bersetuju, bukan tak pernah pun pergi mana-mana sebelum ni kata nak menginap di homestay, tapi sudahnya tak jadi. Akhirnya, duit deposit hangus macam tu saja. Tapi, bila Sk baca ulasan-ulasan tetamu yang pernah menginap di sebuah hotel di Kangar, Sk pun setuju aje la menginap di homestay, tambahan homestay yang kami tengok dalam TT (selepas membuat carian homestay di Perlis) nampak cantik dan baru sahaja dibina tahun lepas. Jom kita masuk!

Kami membuat tempahan melalui whatapps dan bayaran tempahan dan sekaligus deposit dikenakan sebanyak RM100. Ia akan dipulangkan apabila kami meninggalkan homestay dalam keadaan baik. Tuan rumah yang membahasakan dirinya 'kak' memberi Sk gambar-gambar homestay dan Sk bertanya kedudukan homestay, adakah berdekatan rumah penduduk atau kejiranan terdekat. Kak memberikan video persekitaran homestay dan setelah berpuas hati, Sk membuat bayaran melalui online transfer.

Harga satu malam bagi banglo comel ini hanya RM180. Mempunyai dua bilik yang mempunyai pendingin hawa dan sebuah bilik air. Kami membuat tempahan untuk dua hari dan beberapa hari sebelum bertolak, kami membuat bayaran penuh.

Mungkin juga ini yang dipanggil Tiny House. Homestay ini tidak ada meja makan atau dining hall tapi ada sebuah mini bar dengan dua buah kerusi tinggi.

Dapur comel tapi lengkap dengan peralatan memasak elektrik yang asas seperti cerek, pembakar roti, rice cooker dan air fryer. Kordial, kopi, teh dan gula juga disediakan, lengkap juga dengan peti sejuk kecil. Kabinet atas tu Sk tak buka dan tak sempat guna pun semua perkakas yang disediakan tuan rumah.

Cadar putih meronai bilik kedua. Dekorasi minimalis dengan warna light brown ni buatkan bilik nampak luas. Mungkin sebab tak ada almari dan tak ada barang penuh kenangan macam kat rumah sendiri, hihihi.

Bilik pertama pula dibentangkan cadar bercorak putih dan hijau. Aiii.. macam tahu-tahu aje pulak warna kegemaran kita. Tapi.. tak sempat pun nak berangan kat sini.. sebabnya...

Bila intai kat sini, belakang ni hutannnnn. tingkap tak berjeriji, begitu jugak pintu. Sk tachodddd! Hahahaha. Tu takpe.. jalan masuk ke rumah ni kecik dan hanya diturap dengan batu kerikil. Di sebelah kiri homestay ni terusan atau sungai, ya.. memang cantik sangat. Tapi, Sk ni paranoid, Sk terbayang, kalau terjadi apa-apa malam-malam, kami lari, naik kereta, kelam-kabut dan jatuh dalam sungai, adoi.. dia punya imaginasi, kannnn. Dahlah rumah jiran jauhhhhhh kat depan sana nunnnn.

Ingatkan Sk jer takut, dengan PI sekali pun risau. Iman pulak dah dengar bunyi macam-macam. Bukan bunyi yang gitu-gitu, tapi bunyi cicak tokek, hahahaha. Dia memang tak boleh bunyi-bunyi macam tu dan Iman ni pulak boleh 'dengar-dengar'. Pernah dulu, kami menginap dekat satu hotel kat Desaru, dia dengar bunyi 'sedang menjilat tingkap kaca'. Takut jugaklah malam-malam tu dia dengar bunyi apa pulak, kan.


Jadinya, dua beranak ni dok cari hotel lain, hahahaha. PI kata, takpelah, abaikan aje la duit dah bayar homestay dua malam. Kita diam-diam ajelah, tak payah bagitahu tuan rumah, hahaha. Mesti tuan rumah nanti pelik, orang ni duduk ke tak duduk. Selfie jap la depan cermin ni buat kenangan. 


Terus kami tiga beranak angkut semula beg bawa masuk kereta, hahaha. Punyalah penakut, kan. Rumahnya elok aje, cuma kami ni kot yang tak biasa duduk terceruk macam tu. Rumah Mak Mertua Sk pun tepi jalan besar, dulu masa duduk estet ramai kot tak takut sangat. Ni kami tiga beranak aje, sebelum jadi apa-apa lebih baik cabut. Itulah, suka sangat nonton filem seram, kannnn.. padan muka!

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kelakar saya baca pasal rasa takut SK tu....hihihii.
    Tapi cantiklah homestay ni, kecil comel jew. Harga pun sangat berpatutan.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah mcm gitu sekali paranoid nya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!