MENGINAP 3H2M DI ELISSA HOTEL & SUITES @ KANGAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


KALI ni, Sk memang serahkan aje pada PI dan Iman untuk buat pilihan penginapan selepas tak jadi menginap di Ayu Rest House Homestay. Kenapa tak jadi menginap, boleh baca post sebelum ini AYU REST HOUSE - HOMESTAY CANTIK DI PINGGIR BUKIT

Dengar jugak PI buat panggilan kat The Putra Regency Hotel Kangar tapi dah penuh.




Yang kelakar seramnya, masa lalu depan sebuah hotel ni (hotel tu kat seberang jalan), Sk terus teringat macam pernah nampak bangunan yang tersergam dekat sebelah kanan tu lalu kat TT apabila Sk buat carian tempat menarik di Perlis. Semena-mena, Sk bersuara, ohhh.. ni kan hotel baru yang dorang cakap bangunan terbengkalai lama tu? Sekali, PI buat u-turn dan bagi signal kiri. Lahhhhh, rupanya, inilah hotel yang dua beranak ni tempah, hahahaha. 


Elissa Hotel & Suites ini baru sahaja beroperasi. Ia merupakan sebuah boutique hotel. Masa kami sampai ni pun nampak ada kerja-kerja penambah baik sedang dilakukan kontraktor. Kami ambil dua buah bilik tapi tak dapat bilik connecting la, dapat sebelah menyebelah jer. Mujurlah Iman tu dah besar dan berani jer duduk sorang. Ada jer family room tapi fikir tak nak berebut bilik air pagi-pagi sebab timing sama, hahaha.



Bilik dengan katil saiz permaisuri ni ada balkoni. Di sebelah kanan mengadap bukit dan hutan seakan-akan pemandangan di Ayu Rest House jugak. Memang bentuk muka bumi di sebelah utara ni kebanyakannya kan. Sk tak keluar tengok, PI jer la yang sapkoktang kat luar, malam-malam pun dia duduk luar lepas tu siap main gong gong dengan anjing yang banyak berkeliaran kat bawah. 


Bangunan hotel ni taklah tinggi sangat. Kami dapat bilik tingkat 3, nombor bilik 302.


Kelengkapan mengopi dan mengeteh yang lengkap. Puas hati mug dia besar.


Seterika dan papan penggosok disediakan. Sejadah juga disediakan. Bilik air pun selesa serta tekanan air laju.


Malam tu kami cari makan tempat yang mudah-mudah aje la, penat dah siang tu berpindah-randah. PI kata nak makan capati. Eiii.. nyampah betul, pergi mana-mana nak capati baik duduk jer diam-diam kat Johor tu. Tapi, takpa, kali ni Sk bagi chance, huhu. Dekat kedai capati ni, ada Mee Kuah Udang.


Masuk-masuk kedai, nampak atas meja ada nasi lemak. Ni memang stail bungkus nasi lemak kat sebelah-sebelah Kedah dan Perlis, kan. Kami makan nasi lemak sorang sebungkus.


Kipas susah mati nasi lemak bungkus.


Dalam pada membebel pasal asyik makan capati, SK pun makan capati jugak, hahaha. Sk ambil capati kuah sardin. Dah makan sikit baru teringat nak ambil gambar. Selain kuah sardin, ada juga kari ayam. Cepat jugak la capati siap dan dekat sini capati tu memang datang sekeping. Kalau nak dua, cakap nak dua. Kebanyakan tempat yang Sk pergi makan capati, dia kira satu set ada dua keping.


Lama betul la nak tunggu Mee Kuah Udang ni siap. Nampak dorang banyak siapkan order online. Ni Iman punya, dia dengan PI jer makan mee udang ni. Gara-gara mee udang ni lambat, dekat pukul 10 atau mungkin dah lepas pukul 10 baru kami sampai hotel. Yang terkejutnya, dorang dah letak kon nak masuk perkarangan hotel tu. Tu takpa, lobi tu dorang pasang satu lampu aje, staf semua takde. Sk dah cuak dah, nak ambil gambar untuk rekod pun tak berani, hahaha. Selain kami, ada sebuah lagi kereta di ruang parkir yang baru sampai masa kami nak keluar makan. Dalam hati masing-masing fikir, memang kami dan dia aje ke yang menginap kat situ agaknya malam tu, tapi diam-diam aje la.


Ni panel tv dekat bilik Iman. Reka letak bilik Iman berlainan dari bilik kami. Ingatkan Iman agar kunci bilik. Iman tu mana reti takut, kan.. pukul 2 pagi baru tidur, layan drama Mandul Bukan Pilihan, katanya, hahaha. Adoi, tak faham kenapa nak letak tajuk drama macam tu.


Tiada sarapan disediakan di hotel, kami keluar bersarapan di Warung Ali Kopi dan Jalan-jalan ke Nat Pokok Getah. Balik dari Nat Pokok Getah, kami ke Taman Ular nak tengok taman bunga matahari tapi tak jadi masuk sebab pokok bunga matahari mati dah semua. Bagi melengkapkan agenda, kami ke Kampung Warna-Warni yang terletak di Kuala Perlis. Aaaa... tu nanti Sk cerita, okeh.



Sebelum balik hotel, kami singgah 99 Speedmart nak beli air, nampak la pulak luton van ni jual nasi kandar. Iman kata, nak tapau. Kalau babah tak nak, dia nak jugak tapau, sekali PI pun nak jugak. Memang baguslah tapau mengenangkan semalamnya tu tak selera nak makan dalam kepenatan dan kepanasan di Teratai Thai Food, Padang Besar.


Dekat balkoni tu ada disediakan kerusi meja ni eh, Sk ambil bawa masuk dalam. Oh, masa balik ni, housekeeping dah siap kemas bilik ya, efisyen sungguh.


Makan berdua aje, Iman makan kat bilik dia, hehehe. Haishh, pi Kedah makan nasi kandar, pi Perlis pun makan nasi kandar jugak hampaaa!


PI ambil lauk daging, kubis dan telur rebus. Sk ambil ayam goreng, telur masin dan kubis. Kuah campur kuah asing. Bolehlah.. bolehlah.. janji kenyanggggg. Selesa sikit makan dalam kedinginan pendingin hawa dalam bilik, hehehe. Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sronok die check in hotel lg....mee kuah udang menarik nmpk tp lmbt plak smp ye...oh kt perlis pn nasi kandar juga hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!