LEMPENG KELAPA WARUNG 60-AN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum...

Lempeng Kelapa mungkin tak ada maknanya bagi orang lain,  namun bagi Sk ianya mengembalikan nostalgia zaman kecil dulu.  Kalau dulu,  Sk sangat tak suka bila ibu buat lempeng kelapa namun kini Sk merupakan penggemarnya kerana setiap kali menikmatinya Sk terbayang suasana makan bersama ibu dan abah serta adik beradik suatu ketika dahulu. 
Indah untuk dikenang
Rindu bila teringat
Namun ianya tak mungkin akan berulang kembali. 
Istimewanya di Warung 60-an ini,  lempeng kelapa dicicah bersama Asam Pedas Ikan Sembilang. Sungguh Johorean,  kan. 
Sambil makan anda akan ditemani lagu-lagu pop yeh yeh.  Adoi,  veteran sangat dah kita rasanya,  hahaha. 

Bagi yang nak cuba lempeng kelapa cicah asam pedas ikan sembilang,  lokasinya Warung 60-an,  Jalan Manggis, Kg Pasir,  Tampoi. 
Buka setiap hari kecuali Jumaat. 
Jommm kita!! 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jommlah bawak kita..
    Kita kalau ada geng satu Johor kita JJCM hehehehe

    ReplyDelete
  2. teringat zaman² kecik dlu..masa susah dulu kan..mak memang selalu buatkan kitorang ni..sediakan air kopi..i tak boleh la tengok lempeng kelapa ni...

    ReplyDelete
  3. memang sesuai dengan jiwa kak seri kan...ain pun nak terjah jugak lah..boleh berpop yeye.hahahhaa...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!