Assalamualaikum...
Good Morningggg!
Selamat Pagi.. Dah sarapan ke?
Kita ni pagi-pagi jer perut dah berkeriuk-keriuk.
Berangannya macam nak makan nasi dagang dengan gulai ikan tongkol yang banyak cili padi, slurpppp!
#citacitanakkurustapisukamakan
Camno???
Cerita pasal sarapan, hari ini Sk nak bawa anda ke Kafe Kiri Kanan yang terletak di Jalan Rahmat, Batu Pahat, Johor.
Sebenarnya dalam perjalanan ke Melaka hari tu (kami ikut jalan kampung), Sk ternampak kafe ni yang dibuka di sebuah bangunan lama yang dulunya butik. Lepas tu terus aim nak makan kat sini.
Kahhhhh!
Ko kalau pasal makan nombor satu kannnn!
Sekali sekala mengopi kannn..
Hantu kopi dah bertaubat tapi tetap buat pe'el setiap kali nampak kedai kopi.
Kopi kalau minum dalam cawan antik macam ni sedapnya lain macam.
Lemon Ice untuk Pak Inche dan Jus Tembikai untuk Iman.
Nampak ada roti titab kita cubalah tapi memang tak sama langsung dengan roti titab kopitiam kita. Ke laut rasanya. Black list roti titab dia.
Nasib baik set roti bakar tu sedap dengan kaya homemade.
Roti di sini semuanya jenis roti sandwich tu yang tak nak jadi cam roti titab gaknya, huhu.
Dari ig Iman.. Roti Telur cicah kaya kampung.
Iman kata ni makanan budak-budak, hidang pun dalam piring plastik.
Haaa.. Sesuailah dengan kamu Iman yang tak mahu jadi budak matang
Muahahaha!
Ahahhahaha..ayat last bonda buat iman 😂😂😂😂
ReplyDeletekopi tua nampak lazat
ReplyDeleteNi makan tak toleh kiri kanan juga ni hahahaha
ReplyDeletepermisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^