MAKAN DI LITTLE YUNAN CHINESE MUSLIM KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH... semalam Sk dan Pak Inche menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 19. Syukur ke hadrat Allah swt di atas kurniaan-Nya kepada kami dan terima kasih atas ucapan dan doa dari kawan-kawan,  semoga doa yang baik-baik akan berbalik kepada kalian jua. 

Kali ini,  Pak Inche mengajak kami makan agak istimewa sikit di Little Yunan Chinese Muslim Kitchen yang terletak di Adda Heights.  Rasa istimewa laaa kan sebab tak pernah lagi makan di sini sebelum ini. Sebaik sampai,  agak terkejut juga sebab kedainya taklah berapa besar,  hanya memuatkan empat meja besar di ruangan dalam kedai yang berhawa dingin mungkin boleh menampung sehingga 40 orang pada satu-satu masa.  Tapi jangan risau sebab ada ruang makan lagi di sebelah luar dan boleh juga tunpang makan di kedai sebelah,  hahaha.


Memandangkan ini kedatangan kali pertama,  jadi Sk malas nak pening kepala memilih menu.  Kami memilih set Chinese New Year untuk empat orang makan terus sebab dah siap ikan,  udang, sayuran dan ayam. Kiranya menu yang biasa kami makan di mana-mana kedai pun. 
Set ini berharga RM128.00 termasuk pembuka selera,  ais krim dan minuman (Chinese Tea atau Kordial) 


 Shark Fin Soup
Sk suka rasanya yang tidak terlalu masin tapi Pak Inche kata agak kureng. Iman pula bukan peminat SFS,  Sk pun tak minat sebenarnya tapi bedal ajelah dah ada depan mata,  huwa huwa huwa. 


Pembuka selera,  Assorted Dimsum
Tengok dalam gambar bukan main banyak jenis dimsum tapi yang datang empat biji aje perisa yang sama didominasi rasa tepung.. bertabahlah. 


Chicken Kungpao
Ambil satu suap ke mulut,  wow. . Sedap. 
Sk rekomen siapa datang sini bolehlah order CK ni tapi nasiblah kalau masa anda datang CP nya tak sedap,  jangan marah Sk pulak,  hahaha. 


Udang Sambal
Inipun sedap,  banyak jugak udang dalam satu portion tu.  Oh,  ya..  Di sini hidangan boleh dipilih dalam dua saiz iaitu sederhana dan besar.  


Haaa. . Anda mesti tertanya-tanya lauk apa dalam mangkuk nikan? 
Sk pun ternganga sekejap tengok,  nak kata sotong kembang macam tak ada dalam menu rupanya beancurd. 
Atas tu ditabur dengan bawang goreng yang banyak dah rupa macam janggut sotong. 
Paling tragis limpahan sos tiram dalam mangkuk ni,  matilanakkk! Ada tiga ketul,  satu jer makan,  yang lain bungkus sebab tak lalu.. Huhu. 


Siakap Stim Lemon
Terlalu istimewa sampai tak reti nak huraikan rasa dia.  Menurut staf restoran,  harga ikan secara ala carte bergantung kepada saiz antara RM50 - RM60 seekor. 


Tambah Beef Black Pepper.. 
Phewww.. Lap peluh tengok kuah black pepper dia boleh buat mandi koooo
Ni kalau sental kat kulit harus terang bercahaya. 
Dagingnya direbus siap sebelum dipotong dan dimasak black pepper, pun tak lalu nak habiskan. 


Brokoli Cendawan dimasak sos tiram. 
Sk tak pasti adakah memang masakan Yunan begini caranya,  semua lauk hitam pekat likat dengan kuah yang melimpah. 
Nasib baik udang dengan ikan tak menurun sekali hitamnya. 
Pitammmm! 





Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uishhhh... kite yang terbaca ni habissss lencun air liur meleleh..hahahaahaaha

    ReplyDelete
  2. perghh pekat betul kuah sos tiram tu!

    ReplyDelete
  3. menu2 restoran China Muslim memang pergh xleh tolak.
    memang fevret !!

    ReplyDelete
  4. Salam kak...sy pembaca setia blog akak :p
    cuma nak cakap...memang x minat kalo kuah sampai melimpah camtu
    murah hati sgt tu;D

    ReplyDelete
  5. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!