Assalamualaikum...
AMBOI.. bukan main ketam tu posing ya.
Ni kalau Mak Sk nampak ketam tak bersiang, mahu setahun membawang, muahahahha.
Siang ya ketam ni, hujung-hujung kaki wajib potong cuma sepit tu jer biar, nanti nak photoshoot tak lawo pulakkan, helmet tu pun dah buka, cuci ambil telurnya sebab ini ketam betina. Siapa suka beli ketam betina boleh geng dengan Sk. Semangkuk kecik telurnya kita goreng, nyum nyum.
Susah nak jumpa ketam besar sekarang, Sk memang tak minat ketam kecik-kecik ni, bak kata Iman, isinya melekat di kulit aje, rugi. Alang-alang kalau beza dua tiga ringgit baiklah kita ambil yang besar. Puas makan isinya.
Ketam Masak Lemak Cili Padi
Ketam dibersihkan
Santan (Sk guna santan kotak je)
Bawang merah
Cili Padi
Halia
Serai
Asam Keping
Garam
Serbuk kunyit
Stail Sk masak senang jer, penat memandu tak kuasa dah nak menumbuk-numbuk bagai.
Kisar jer bawang, halia dan cili padi tu.
Serai ketuk campak dalam periuk.
Masukkan ketam, bahan kisar, serbuk kunyit dan santan.
Asam keping jangan lupa masukkan sekali.
Cili padi tu kalau nak bibir macam Angelina Jolie bolehlah bubuh banyak-banyak
😆😆😆
Kacau kuah sampai mendidih, tak payah berejam. Sekejap jer ketam tu masak.
Lepas tu biarlah suam dulu.. Karang melecur pulak bibir, tak jadi Angelina Jolie
😛😛😛
uiii seksii betul ketam tu...dengan ketam2 tu sekali jadi angelina jolie gamaknye..hahaha
ReplyDeleteHahahaha kalau anak kita memang tak reti makan ada helmet dia tu, tapi kalau kita suka, sebab celah-celah dia ada telur kannn...
ReplyDeleteSeksi plak ketam tu ha..SA pun suka masak ketam masak lemak cili api.tapi kena masak kat rumah Seremban la..kalau masak kat rumah sewa ni kang benda sikit pas tu serba salah plak ajak kawan- kawan makan sekali kan....
ReplyDeleteeh menyampah la tengok ketam tu posing.siap kau..
ReplyDeletepermisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^