Assalamualaikum…
SEMASA menunggu bas untuk ke Changi Airport sebelum ke Belitung yang Sk ceritakan sebelum ini, Sk sempat berbual dengan seorang kakak dari Jakarta. Beliau begitu teruja apabila Sk memberitahu bahawa Sk akan mengambil pesawat ke Belitung. Rupanya, suami kakak tersebut merupakan warga Bangka Belitung. Menurut beliau, tiga hari sahaja kunjungan ke mana-mana tempat di Indonesia tidak mencukupi kerana terlalu banyak tempat yang perlu diterokai. Betul sangat, hari terakhir sebelum meninggalkan kamar penginapan terasa terlalu singkat percutian ini dan entah bila akan terulang kembali.
Tiga pagi di Belitung, mata tercelik secara automatik sebelum alarm berbunyi.
Jam direnung berkali-kali takut tersalah masa, haha.
Jam di tangan menunjukkan waktu Malaysia manakala jam di telefon menunjukkan waktu Indonesia tapi tetap juga keliru bila matahari kian meninggi.
Paling tragis, Sk terjaga sebelum jam 4 pagi pada hari terakhir. Tak tahu sebab teruja nak balik atau sedih nak tinggalkan Belitung.
Sepanjang di sini, kami menginap di La Lucia Boutique Hotel. Hotel yang terletak di Tanjung Pandan ini menjanjikan penginapan yang selesa kepada pengunjung dengan hospitaliti terbaik. Sarapan yang disediakan juga enak-enak. Pendek kata kalau lama-lama duduk sini boleh naik 3 kilo, hahaha.
Rumah Adat Belitung
Seperti kebanyakan rumah adat di tempat lain, Rumah Adat Belitung mempamerkan keindahan adat Belitung dan lebih memfokuskan kepada adat perkahwinan.
Tidak jauh bezanya dengan adat Melayu termasuk dalam pemberian hantaran dan hidangan makan beradab.
Dari sini, kami terus ke Tanjung Pendam.
Ketibaan kami disambut angin sepoi dan air laut yang sedang pasang.
Kami kemudian singgah ke Kong Djie Coffee yang merupakan warkop paling terkenal di Belitung yang sudah puluhan tahun beroperasi.
Jangan lupa beli coklat dan kopi bubuk sebagai buah tangan dari Belitung.
Yang dalam gelas tu kopi coklat yang sangat wow!
Lepas pekena kopi coklat masih mampu makan Mee Rebus Belitung.
Baca kisah tentangnya
Singgah di Danau Kaolin yang merupakan bekas lombong bijih timah.
Airnya warna biru jika hari panas dan hijau jika hari hujan.
Nampak tu.. langit Belitung pun sedih bila kami nak balik.. huhu.
Sampai ke bandara ketika hujan mula membasah bumi.
Selamat Tinggal Belitung.. semoga kita berjumpa lagi.
Jom terbang ke Belitung Bersama MTN Gateaways Pte Ltd
Follow IG @mtngetaways atau
Website:
https://www.mtngetaways.com
Jangan lupa gunakan promocode
SERI75 untuk mendapatkan diskaun istimewa, okey.
mesti sediih kan sis nak tinggalkan tempat cantik mcm ni..
ReplyDeletebestnya melancong ke Belitung.
ReplyDeleteKat sini ada juga FELDA belitong.
Rindu Belitung..
ReplyDeleteBangun pagi sampai ke malam semua makan terjaga kan..
Siapa-siapa nak ke Belitung, nak harga murah, boleh beli guna harga promocode SISLIN75 ...dapat potongan harga istimewa heheheh
Oi.. Hahahhaa
Deletehaahhaahhaha nyempatt siss.....hhaahahhaa..Belitung memang satu kenangan yang terindah kan..
ReplyDeletepermisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^