Assalamualaikum...
BAGI mereka yang pernah ke negara Indonesia, anda pasti pernah mengunjungi restoran nasi padangnya kan. Di sana, sebaik sahaja anda meletakkan punggung di kerusi, anda akan terus dihidangkan dengan berpinggan-pinggan lauk masakan padang. Setakat ni di Johor, Sk belum lagi jumpa restoran nasi padang yang menghidangkan lauk seumpama itu. Kebanyakannya mengikut konsep nasi campur sahaja.
Pulang dari kerja tadi, Sk singgah ke Paradigm Mall. Kesianlah Iman tu dah seminggu hari-hari makan nasi dengan telur dadar. Padahal ada lauk yang Sk simpankan tapi itulah sebenarnya Iman, lebih suka yang simple-simple sebab dia malas nak panaskan lauk, kahhhh. Jadi, hari ni kita bawa dia makan sedap sikit di Nasi Padang Dulang yang terletak di Medan Selera (Food Court) Paradigm Mall, JB.
Di sini memang tak dihidangkan lauk berpiring-piring macam di Indo tu tapi anda boleh memilih sama ada hidangan nasi campur ala carte atau hidangan dalam dulang macam ni.
Sk ambil ni set A untuk 2 - 3 pax.
Set ni mengandungi nasi putih, keli berlado, ayam pandan, sambal goreng, telur dadar, sambal nasi padang ijo dan merah serta keropok moni.
Nasi dia banyak giler ko.. Ni makan 4 orang pun boleh tapi ikan tu dapat sorang setengah ekor jer la. Anda juga boleh gantikan ikan dengan ayam jika mahu.
Minuman tidak termasuk dalam set ini tau
Honey Lemon Ice untuk Iman, mak aiiihhh.. Kedekutnyaaaaa kannnn...
Sambal Ijo dan merah yang menjadi feberet Sk dan Iman. Dua-dua sedap, pedas meletops, terserlah keasliannya.
Sedap ke sedap?
Alhamdulillah... Tak mengecewakan.
Nak kata berbaloi sangat tu tak tahulah nak komen. Bagi Sk, sesekali reward diri untuk makan di tempat yang istimewa tak ada salahnya kan.
Disebabkan Nasi Padang Dulang ni terletak di dalam medan selera Paradigm Mall maka anda boleh pilih sama ada hendak makan di bahagian luar atau dalam kedai.
Tempatnya pun selesa dan bersih dengan dekorasi yang agak klasik.
Boleh feeling-feeling macam sedang Cuti-cuti Bandunggg.. Jom!!
Pilih3!!
sedapnyaaaa :D
ReplyDeleteuuuish sambal ijooo tu kalo nasi panas n ikan goreng je da nyuums da =D
ReplyDeleteikan keli berlado tuhhh ya ampun.. pebret kuhh.. kena pegi cuba ni..
ReplyDeletesedapnya.... leh ajak sofea makan sini nanti...
ReplyDeleteeh ok lah harga dia..berbaloi2 kan...nasii tu memang banyak betullll
ReplyDeleteAinnn..Sunahhh...ajommmmmmm
ReplyDelete