KISAH PETANG SEMALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

SEMALAM petang,  Sk dan Iman ke Aeon Tebrau. Budak Iman nilah,  teringin nak makan Jco Donut katanya.  Hari tu kita dah pelawa dia masa kat Aeon Bukit Indah dia kata kenyang,  ni dah teringat-ingat pulak.
Lepas tu tak nak pergi Bukit Indah,  bosan katanya kecik sangat,  tu yang pergi ke Tebrau.  Sampai Tebrau lapar sangatlah pulak perut Sk ni.  Sk kalau dah lapar tu memang tak larat nak jalan,  hahaha.


Rupanya Aeon Tebrau dah siap proses renovasi.  Medan Selera yang dulunya di Tingkat 3 telah berpindah ke aras bawah.  Kali ini nampak lebih ranggi. Malah bukan setakat dekorasinya ranggi,  menu pun hipster belaka sampai tak tahu apa nak makan.  Hajat di hati nak makan nasi campur. Saat kelaparan macam tu cuma nasi sahaja mampu buat perut kenyang,  tapi tak ada satu pun stall nasi campur,  terpaksalah makan nasi ayam. Pehhh. . Punyalah masin kicap dia,  sampai tak mampu nak telan,  huhuhuhu.
Lepas makan,  Iman kata nak ke Aeon Wellness dan Watsons nak tengok pondesen.  Budak ni memang tak habis-habis dengan pondesennya,  kita layankan ajelah.


Tengok-tengok kat Aeon Wellness ada banyak juga produk offer tapi dalam 10 - 15% jer la.  Maybeline pun offer..  Lepas tu Iman kata nak tengok dulu kat Watsons.  Kalau Watsons mahal lagi,  kita datang sini balik.  Amboi. . Amboi. . Dia punya gaya macam ada duit empat ratuih padahal ada patploh jer,  hahaha. 


Sekali,  bila naik kat Watsons berpinor mata tengok semuanya jadi 50%. Jangankan Iman,  Sk pun terus lupa diri yang gaji lambat lagi. 


Bukan selalu tau potongan separuh harga untuk setiap produk.  Terus tamak nak ambil terus dua pondesen.  Lepas tu timbang tara balik satu lagi letak semula,  hahaha.  Itupun concealer ambil sampai dua batang. 


Rasa macam nak capai semua,  hahahha. 
Orang lain yang nak raya dia pulak yang lebih ya. 


Sebagai penggemar two way cake,  memang wajib grab ni.  Tapi menyesal pulak tak ambil lebih,  huwa huwa huwa. 


Hasil rembatan pakainya tak tahu.. Huhuhu. Nanti raya tak yah beli mekap lagi. 


Lepas tu terus tapau Jco dan balik.  Karang lama-lama dekat sana entah apa pulak yang jadikkkk!  


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kita terjebak jugak..tapi bukanlah beli pondesen.hahaha...

    ReplyDelete
  2. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!