Assalamualaikum...
BAGAI orang mengantuk disorongkan bantal apabila tetiba Pak Inche ajak makan di Me'nate Restaurant malam tadi
Wowww.. Babah betul ni? Jomlaaa...
Pening kepala beb baca buku menu, hahaha. Setiap hidangan mempamerkan harga hidangan steak per 100 gm. Sk memang tak masuk kepala sangat la sebab masih terkejut tengok sambutan pengunjung. Jadi, tak tertarik sangat nak baca betul-betul menu tu. Mungkin lain kali Sk akan ulangkaji lebih lama. . Kahhhh. Kami diminta untuk pergi ke bahagian frozen sekiranya hendak memilih steak. Maaflah, segan pulak nak ambil gambar kat situ, kui kui.
Di bahagian frozen ni, sama macam kita nak pilih daging di pasaraya la. Setiap daging tu kebanyakannya bersaiz satu hidangan (seorang makan) dan sudah dilekatkan tanda harga. Yang Sk tengok semalam dari RM50+ hingga RM500+ pun ada mengikut saiz dan jenis daging.
Yang ni anda boleh google sendiri la. . Wagyu la.. Angus la.. Memang beratus la harga dia. Kami memilih SP Grain Striploin aje dimasak Medium dengan mushroom sauce. Aje je pun lagi RM7 cecah RM100, hahaha. Takpelah. . Patploh tahun sekali punya makan, huhu.
Selain steak, ada juga pasta.
Bagi Sk harga pastanya lebih kurang jer dengan restoran western lain yang pernah Sk kunjungi. Jadi, kalau anda peminat pasta, bolehlah datang ke sini. Alah, kat rumah pun balik-balik masak bolognese, carbonara dan aglio olio kan. Apa salahnya kita tukar selera pulak, tak gituuuu?
Antara gambar yang sempat Sk ambil. Memang tak dan nak tengok resepi sangat entah apa yang Sk kelam kabutkan tak tahulah yek. Padahal tak ada siapa pun yang paksa kita cepat-cepat, kah kah kah. Garu kepala tak gatal terus.
Maaf ya, pencahayaan kurang bagus sebab tepi Sk ada tiang, haha.
BBQ Beef Nachos, pembuka hidangan yang wajib bagi kami. Memang sedap sangat dan betul-betul membuka selera. Kepingan kerepek mexico rangup yang ditaburi daging lembu panggang serta diselimuti keju yang enak.. Sampai tak boleh berhenti menyuap ke mulut.
Hidangan yang ditunggu-tunggu.
SP Grain Striploin yang kami pilih tadi dimasak mengikut citarasa pelanggan.
Hidangan sampingannya, salad, coleslow (cemana eja?) dan mashed potato yang biasa sahaja bagi Sk. Tapi daging tu memang luar biasa rasanya. Mana nak cari pembekal daging ni ya.. Hahaha.
Selain steak daging, Pak Inche juga memilih ayam. Ayam ni pun sama kita pilih di bahagian frozen tadi. Jadi, kalau anda datang anak-beranak, untuk anak-anak semua ambil ayam ni aje, baru RM19.90. Rasa macam lebih murah dari Keni Rojes kot, Mak bapak boleh makan steak, muahaha.
Mamma Mia Beef Carbonara.
Terdapat dua pilihan sos carbonara untuk pasta, Mamma Mia ni ala-ala hot and spicy laaa. . Kalau anda suka pedas, Sk memang rekomen ni. Pedas berkrim disukai ramai. Pastanya bukan jenis yang biasa kita jumpa di pasaran, Sk tak pasti adakah ia homemade pasta yang dihasilkan sendiri oleh Me'nate Steak Hub... Tak sempat nak interview, hehehe.
Selain pasta ada juga burger dan pizza. Hajat nak makan pizza tak kesampaian bila memikiokan siapa yang nak makan banyak-banyak, hahaha.
Ti Amo Caramel Latte.
Beli ni jer air sebab untuk hidangan steak tadi dah boleh dapat air percuma nak tambah berapa kali pun boleh secara layan diri. Dispenser minuman tu memang ada jer kat tingkat atas dan bawah.
Jumlah yang perlu dibayar.
Terkejut jugak Sk sebab pernah dengar macam-macam cerita negatif pasal harga di sini. Pendek kata senang aje bagi Sk, jangan dengar cakap bawang. Datang sendiri dan pilih steak anda mengikut bajet. Tak ada siapa nak paksa kita makan daging yang mahal dan tak perlu malu memilih daging yang murah sedikit.
Wassalam.
wow..Menate ko..kalau tengok dekat page menate ni rasa nak je terjah makan kat situ..Puas hatilah kalau sedap kan mak inche
ReplyDeleteAssalamualaikum seri...wow mmg nampak sedapnya...kalau sedap makanannya harga mahal pun x apa kn...
ReplyDeletep/s berkira2 juga nak pi ni tapi nak rasa juga mkn kat sni kn..
wowww.. mak inche dah sampai menate ni.. kalau harga mahai tapi sedap sangat memang berbaloi la.. pilihan di tangan sendiri kan... nak sedap bayar lebih takde hal..
ReplyDeletewowww, harga dia.. boleh tahan
ReplyDeletetu lahh...ari tu borak2 dengan ain, dia pun cakap ada je yang rega murah kat menate ni..tinggal pilih aje..nak paling sedap, bayar pun sedap lerrr..khennnnn
ReplyDeletetak pernah makan lagi menate steak hub i...tengok daging dia sedap betul..teringin juga
ReplyDeleteSedappp.. Steak dia tu memukauu..
ReplyDeletepermisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^