MAKAN DI IKAN BAKAR ALAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

BERSAMBUNG kisah bercuti sehari ke Melaka semata-mata nak makan ikan bakar dan nasi lemak.  Jika selalu kami memilih ikan bakar cikgu di Anjung Batu,  kali ni kami memilih Medan Ikan Bakar Alai. 

Disebabkan di sini merupakan medan ikan bakar,  maka keliru jugaklah nak makan di kedai yang mana satu.  Tengok dalam facebook ada yang rekomen satu kedai ni tapi kedai yang direkomen tu macam hambar aje,  kahhhh.  Nampak pulak kedai Ala Kassim yang meriah,  Iman kata nama macam pilemmm,  hahaha. Lepas tu ada seorang brother ni datang ke arah kami yang sedang keliru itu lalu mempromot untuk makan di kedainya.  


Pehhh..  Dua bungkus Sk makan nasi lemak malam tu.  Alah,  bukan banyak pun dua bungkus,  kalau disukat tak sampai dua senduk pun...  (ayat nak sedapkan hati) 
Tengok gambar nampak macam meriah gitukan,  jom kita tengok satu-satu. 


Jenahak,  ikan yang cuma kami hairan kalau makan seafood di Melaka.  Peliknya kalau di Johor,  nampak jenahak ni pun tetap pilih siakap,  hahaha. 
Sk sengaja pilih yang besar sikit supaya ada yang tak tercekik tulang,  huwa huwa huwa. 
Kami diberi pilihan sama ada nak masak tiga rasa atau bakar,  atau kedua-duanya sekali. 
Jadi,  separuh kami minta masak tiga rasa. 
Dan seperti biasa tiga rasa itu adalah rasa sos yang masam,  manis dan pedas. 
Nak kata tak sedap pun sedap,  nak kata sedap pun taklah sedap,  boleh laaa... 


Separuh lagi jenahak kami minta bakar kosong. Kalau nak minta bakar sambal pun boleh juga,  tapi kami lagi suka bakar kosong sebab boleh celup dalam kicap,  hehehe. 


Sotong ambil empat ekor je. 
Dua ekor bakar kosong dan dua ekor lagi goreng tepung.  Sotongnya segar dan tak liat
Yang bakar tu Sk tak minat sangat,  Pak Inche memang feberet dia la. 


Feberet Sk,  sotong goreng tepung dan ini adalah wajib,  hahaha.  Gorengannya sempurna,  tak berminyak dan tak ada rasa serbuk kunyit,  shedappp. 


Terkontang kanting odang enam ekor dalam pinggan.  Cukuplah makan dua ekor seorang. 


Kangkung Goreng Belacan yang tak rasa sangat belacannya.  Macam biasa Sk tukang perabih sayur.


Puas hati makan bila diberikan bil selepas membayar.  Sk tak ingat nama penuh kedai ni tapi papan tandanya warna hijau dan ada perkataan Muara,  sebelah kedai Ala Kassimmmmmmmmm!! 
😆😆😆


Update : Gambar kredit Iman

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kalo kat bintulu pun, mak saya suka bakar ikan kosong gitu je...cicah kicap pedas...hihihi

    ReplyDelete
  2. memang best makan kat sini kan kak..hari tu makan kat sana harga pun boleh tahan jugak..masa mula² makan sini pelik sebab makan dengan nasi lemak..hahaha

    ReplyDelete
  3. Shedapnyaaaa...kalau ke Melaka mesti ke MUara ni je makan ikan bakar, femessss

    ReplyDelete
  4. ritu pi Melaka.. kami pi tempat yang konon sedap. tapi hampeh layanan n rasa. xmo pi dah.. next time boleh cuba sini la. nampak lagi inviting =D

    ReplyDelete
  5. rambang mata kalo dah ke sana kan..byk pilihan ikan bakar..kat sini mcm tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!