ISLAND HOPING BELITUNG ISLAND

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
Assalamualaikum... 

SEKALI lagi Sk muncul dengan entri Belitung Island dan kali ini Sk ingin membawa anda menjelajah beberapa pulau yang terdapat di Belitung. Indonesia yang mendapat jolokan Negara Seribu Pulau dan kedudukan Belitung yang terlindung menjadikan ia mempunyai pantai yang terhampar putih bersih dan air biru kehijauan.. sungguhhhhhh…
Memang selayaknya ia mendapat jolokan Maldives Indonesia.
Jadi, bagi siapa yang ada impian nak ke Maldives tapi tabung tak penuh-penuh tu, jomlah kita meneroka ke Pulau Belitung


Sebelum aktiviti jelajah pulau, kami terlebih dahulu dibawa menikmati keindahan batu granit yang tersergam indah bagai disusun-susun di Pantai Tanjung Tinggi.
Pantai yang indah ini cuma terletak kira-kira 30 minit dari hotel penginapan kami.



Lihatlah airnya yang biru kehijauan.. rasa nak terjun jadi ikan duyung tapi nanti yang orang nampak ikan dugong, kah kah kah. Dahlah tak pandai berenang, fobia air pulak tu.
Maka kita ambil gambar dari atas batu ajelah.


Dari drone Hasif.. Macam tak percaya mampu melakukan aksi luar biasa ni.. kah kah kah.
Masing-masing kelam kabut cari port baik maklumlah saiz badan tak berapa nak halus, hahaha.
Kami kemudiannya meninggalkan Pantai Tanjung Tinggi dan dibawa ke Pantai Tanjung Kelayang yang merupakan lokasi menaiki bot jelajah pulau.


Dah naik bot.. yeayyyy!!
Setiap bot mampu memuatkan sehingga 15 penumpang dan kami dibahagikan kepada dua bot.
Wajib pakai jaket keselamatan ya.


Merecikkk!
Dari Pantai Tanjung Kelayang, kami dibawa ke Pulau Garuda, tapi tak boleh turun sebab ada banyak batu. Cuma mampu melihat dari kejauhan. Kenapa dipanggil Pulau Garuda?
Anda kena datang sendiri tengok.. hahaha.
(Lupa bubuh gambar sebenarnya dan malas nak edit masukkan, huwa huwa huwa)


Bersama Instafemes Nur Farahain.. Cepat gi follow ig dia.
Kami kini di Pulau Lengkuas.


Pulau Lengkuas dikatakan mendapat namanya dari Light House (Rumah Api) yang terdapat di sini.
Light House.. Light House.. Light House.. lama-lama disebut lengkuas.. gitu..
Tak tahulah fakta atau auta.. hahahaha.


Rumah Api setinggi 18 tingkat ini dibina sejak tahun 1882 ketika zaman penjelahan Belanda ke atas Indonesia dan menjadi kebanggaan penduduk Belitung.
(kredit : Dik Bee Photography)


Walaupun sudah berusia 137 tahun (ketika ini) namun ia masih berfungsi dan menjadi tanda arah kapal yang keluar masuk dari Pulau Belitung.


Keindahan Pulau Lengkuas dengan batu granit yang unik, pasir yang memutih dan kejernihan air lautnya menjadikan ia mempunyai daya tarikan yang tersendiri kepada pelancong yang datang ke Belitung.


Puas bercanda di tepian pantai, dijamu pula dengan air kelapa muda.
Alhamdulillah..


Sekali lagi menaiki bot untuk dilepaskan di tengah laut.


Ini baru duyung…


Pengalaman pertama snorkeling bagi Iman.


Iman jadi wakil Sk yang fobia air... hahaha.
Ruginya lahai.


Lepas ni nak ambil lessen menyelam katanya.. 
Dah naik bot semula dan kami menuju ke Pulau Kepayang untuk menjamu selera.



Udang yang segar dibakar berempah.. dua kali sedap sebab makan tepi pantai



Sotong goreng tepung, tebal isi sotong tu dan tak liat menandakan ia juga baru dicandat.



Kangkung Belacan.. masakan Belitung tidak jauh beza dengan masakan Malaysia.


Ikan Bakar.. dialas sama daun simpor.
Belum jumpa lagi masakan begini di Malaysia.. boleh tiru.. hehe


Ketam dengan Sambal Lada Hidup.
Tiga hari di Belitung, hari-hari jumpa seafood.. sampai jemu katanya. Tapi kami belum jemu.



Penutup acara jelajah pulau, berendam di Pantai Tanjung Kelayang selepas snorkeling untuk kali kedua.
Menariknya di Pantai Tanjung Kelayang anda akan dibawa menyusuri Gua Kelayang dan mandi manda di dalamnya. Seronok giler.. hahaha.


Makan malam selepas membersihkan diri.
Sedapnya tempe lepas hari-hari makan seafood, hahaha. 


Jomlah bercuti ke Belitung Island Bersama MTN Gateaways Pte Ltd dengan pelbagai pakej menarik dan berbaloi-baloi.

Penerbangan ke Tanjung Pandan dari Changi Airport berlangsung setiap Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Untuk maklumat lanjut dan tempahan pakej, anda boleh menghubungi

Faizun +65 8531 3381
atau email admin@mtngateaways.com
Follow IG @mtngateaways 

Bagi pembaca blog Sk, gunakan promocode SERI75 untuk mendapatkan diskaun harga bagi mana-mana pakej.

Jom ke Belitung Island Bersama MTN Gateaways Pte Ltd

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rindunyaa...rasa macam nak pergi satu pulau dan buat snorkling 24jam hahahaha
    Ada x mcmtu? hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!