Assalamualaikum...
SEMALAM.. Sk menghadiri Majlis Apresiasi Staf syarikat tempat Sk bekerja.
Bagi yang dah lama follow blog Sk tentu tahu yang Sk merupakan pengajar di sebuah kolej.
Tapi tu dulu laa.. Sk kini tak lagi mengajar tapi ditempatkan di bahagian penyelaras
di mana Sk akan menjaga rekod pelajar.
Jadi, malam tadi jumpa ramailah kawan-kawan tempat lama dulu
yang kini cuma jumpa di fb dan ig sahaja.
Perkara ditanya bila berlaga pipi kebanyakannya tentang makan.
Wahhh.. Asyik makan jer kau ya... Hahahha..
Apa lagi wakkk.. Cerita pasal makanlah yang ramai orang suka baca, ya tak?
Jadi, seperti biasa, kali ni Sk nak cerita pasal makan lagi.
Dah banyak kali juga rasanya Sk membawa pembaca ke Restoran Yeo Sekeluarga ni, kan.
Jom kita pergi lagi. Lama juga tau sebenarnya kami tak singgah ke sini.
Rindu bau laut dan kebetulan pergi beli barang di Mydin Nusajaya,
maka tempat yang paling best untuk makan adalah Restoran Yeo Sekeluarga.
Lepas tu dalam perjalanan balik tu kita anak-beranak bincanglah.. Ong Shun ke Yeo yang lagi sedap..
hehehe.
Hot Plate Bean Curd sini sedap.
Suka betul Iman bila hot plate ini diletakkan di atas meja sebab masa makan di Ong Shun hari tu bean curd tak dihantar ke meja kami. Nah, makan puas-puas. Jangan lupa tiup kalau tak nak lidah melocot.
Chicken Lemon.
Sk dan Iman lebih suka chicken lemon di sini berbanding dengan Ong Shun sebab kuahnya pekat ditambah hirisan kulit lemon.
Salted Egg Sotong
Kalau di Yeo agak kering tapi di Ong Shun lebih creamy dan berkuah.
Tapi.. dua-dua Sk suka.
Daging Black Pepper
Ong Shun sedap lagi, dengan daging yang lebih lembut dan lebar serta dipotong nipis.
Baby Kailan Oyster
Sama-sama sedap kot.
Nak makan di Ong Shun klik link di bawah
wahhh.. sedap2 semuanya :)
ReplyDeleteMemang nampak sesedap
ReplyDeleteuik nampak sedap pulak chicken lemon tu!
ReplyDeletepermisi min numpang share ya :)
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^