LAKSA TEMPURUNG SEDAP OMBAK DAMAI

Assalamualaikum...

LAKSA tempurung..  Salah satu wishlist Pak Inche dalam JJCM Penang akhir tahun lepas. Maaflah,  tertinggal pulak kisah Laksa Tempurung ni, ingatkan dah post di blog rupanya cuma post di ig dan fb sahaja..  Hehehe.


Berkali-kali bercuti ke Pulau Pinang dan datang ke Teluk Kumbar,  ini pertama kali Sk tahu tentang kewujudan restoran laksa tempurung yang terletak di pantai Teluk Kumbar. 
Seperti biasa di mana-mana tempat femes nak beli makanan kena beratur.   


Di sini konsepnya layan diri namun mujur makanan dan minuman  signature di sini boleh dibeli dari gerai yang sama. Cuma kalau nak air kelapa,  waffle,  char kuew teow dan lain-lain kenalah beratur di gerai lain.


Untung ribu-ribu,  tisu pun kedekut,  hahaha. 
Yang bagusnya taklah nampak tisu bersepah-sepah,  agak-agak comot boleh lap guna hujung lengan,  muahhaha. 


Signature dish di sini
Laksa Penang
Cendol
Air Batu Campur
dan yang paling rare 
Popiah Pelam


 Cantik tapi tak sedap di tekak Sk
rasa wangi dan pewarna makanan yang kuat. 


Popiah Pelam
Mula-mula ingatkan pelam masak dipotong dan dibalut dengan kulit popiah sebelum digoreng. Tapi,  ia popiah berintikan pelam muda yang disagat. Ia disira dengan coklat cair dan ditabur kekacang.
Ini sedap..  Macam tak cukup satu..  Tapi cukuplah..  Tak boleh beli banyak nanti pokai! 


Laksa Penang dia betul-betul sedap mak datuk,  hahaha. Belum pernah lagi Sk makan laksa di gerai yang sedap begini. 
Kuahnya tidak cair dan tidak mendak.
Cili dan limau ambil sendiri ikut citarasa kita nak pedas dan masam yang macam mana. 


Makan pulak di tepian laut yang membiru dengan bunyian ombak yang damai. 
Tak perlu bimbang jika ramai orang kerana banyak kerusi meja disediakan untuk pelanggan. Agak-agak tak ada meja bolehlah bentang tikar tepi pantai,  hehehe. 


Ada budak merajuk masa ni tapi kita lupa apa yang dirajukkan..  Kah kah kah! 


Fb Laksa Tempurung :
https://www.facebook.com/Laksa-Tempurung-Penang-119755101922382/

6 comments:

  1. tengok kuah laksa tu pekat..mesti lah sedap kan kak...rugi pulak kalau ke sini tak pekena laksa tempurung

    ReplyDelete
  2. Kawan kita ada cakap, Laksa dia aje yang sedap kat sini, lelain ermmmm ikut tekak memasing heheheh

    ReplyDelete
  3. eh kalo laksa tempurung teluk kumbar ni saya pun pernah pergi..memang sedap...tapi tak perasan pulak nama dia ombak damai n ade view laut2 tu..huhuhu..mungkin dah upgrade selepas bertahun2 tak pergi penang

    ReplyDelete
  4. Mangkuk laksa Tu tempurung ke?

    ReplyDelete
  5. favorite sy laksa tu.. pekat kuah dia

    ReplyDelete
  6. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih