SATE MUO TERSEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum...


BERSIARAN dari Bandaraya Ipoh,  kerana ada urusan rasmi di Poli,  kami perlu sampai di Ipoh sebelum tengahari. Esok merupakan hari cuti jadi jika ada urusan Seri Paduka Baginda semuanya harus diselesaikan hari ini.  Urusan apa tu,  nanti kalau rajin Sk ceritalah ya,  hihi. 

Jadi,  dalam perjalanan malam semalam,  rancangnya nak makan Sate di Jeng Kuan,  Batu Pahat tapi tutup pulak.  Di medan selera bersebelahannya pun tak nampak ada yang mengipas sate.  Sudahnya,  Sk mengajak Pak Inche meneruskan perjalanan ke Bandar Maharani,  Muar.  Di sana,  kami pekena Sate Muo di medan selera berhanpiran Perhentian Bas Muar. 

"Sedap...  Lagi sedap dari Sate K*****. " kata Pak Inche. 

Menurut lidah Pak Inche sebagai penggemar sate,  Sate Muo adalah sate tersedap dia makan.  Iolah tu...   


Bila dah sampai Muo, orang kata,  jangan tidak-tidak untuk pekena Mee Bandung Muo.  Mee Bandung Muo banyak menggunakan udang kering sebagai bahan perencah dan secara jujur Sk kurang gemar rasa udang kering yang agak kuat.  Sk lebih suka Mee Bandung Batu Pahat yang kuahnya berkacang.  Dan di Johor Bahru pun ada warung-warung biasa yang mampu menghidangkan Mee Bandung yang lebih sedap dari Sk makan semalam.  Hurmm..  Kecewa jugak sebenarnya dengan rasa kuah mee bandung ni tapi dah rezekinya begitu,  makan ajelah jangan membazir kerana membazir itu amalan...  (sila sambung sendiri).


Bila nak makan dalam keadaan lapar,  maka macam inilah jadinya,  semua benda hendak di order termasuklah Cucur Udang ini.  Kalau di utara,  cucur udang dicicah dengan sos kacang,  di JB dicicah dengan sos cili,  baru Sk tahu di Muar cucur udang dicucah dengan sambal tumis.  Sedap jugaklah rasanya. Pak Inche kata,  cuba cicah kuah kacang sate tu.  Sk cuba tapi macam tak ngam pulak.  Dengan sambal tumis juga yang ngam rasanya mungkin kerana kuah kacang tu terlalu pekat.

Lepas makan di Muar,  kami meneruskan perjalanan ke Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke utara. Hurmm..  Apa destinasi JJCM Sk kali ni?

Tungguuuuuuu!


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ooooo sate Muo sedap yang kat bas stand tu..nanti nak pergi la..hujung bulan rasanya SA ke Muo...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum seri...wah !! Sedapnya sate...

    ReplyDelete
  3. wowww memangg terbaik.. follow sini #793

    ReplyDelete
  4. Sedap pula nampak sate tu. Rasa nak keluar rumah p cari sate la...

    ReplyDelete
  5. Betul! Lin pun suka sate Kajang! Hahahahaha...kena banyak bawang., baru boleh Lin makan sate hehehe takde bawang ermmm terkulat-kulat den nak telan sate.,..

    ReplyDelete
  6. kita pernah makan sate muo kat ZZ Satay Warisan..sedap jugak situ

    ReplyDelete
  7. wowwwwww........sate tersedappp kata nyaaaa.... kite teruss rasaaa nak jjcmm ke sana..

    ReplyDelete
  8. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!