Assalamualaikum...
KISAH beberapa minggu sebelum Iman ke Poli, Iman kata nak sangat makan Nan Cheese yang boleh tarik-tarik. Hahaha.. Yang boleh tarik-tarik tu cheesenya la. Ada jer restoran mamak jual nan cheese ni tapi payah nak jumpa yang cheesenya boleh tarik-tarik macam pizza. Setahu Sk, kalau di JB ni setakat yang Sk pernah jumpa hanya di Said, Kangkar Pulai (lupa pulak ejaan yang betul), tapi sekarang dah tukar nama Farouk tak silap. Tu tak pa, yang sebenarnya malas nak ke kedai mamak yang ni, sebab mamaknya sombong berlagak gitu. Tapi, disebabkan Iman nak makan sangat dan dah nak pergi sambung belajar, maka kita layankan ajelah. Harap-harap masih ada Nan Cheese tarik-tarik macam dulu.. Hihihi.
Nan Cheese Set di sini dihidangkan bersama kuah dhal, sos pudina yang sedap serta ayam tandoori. Haaa...ini baru betul Nan Cheese. Duluuuuu.. Masa Sk remaja, Sk juga peminat Roti Nan, zaman tu tak ada lagi letak cheese cheese ni. Roti Nan paling femes masa tu dI Food Court Danga City Mall yang masa tu mallnya nama lain.. Apa Best tah namanya, aisehhh.. Lupa betul. Ada sesiapa ingat tak?? Hahahha.
Bila tempat tu ditutup, tauke Roti Nan tu buka pula gerai di Bandar Baru Uda. Memang kerap jugaklah Sk ke sana kalau nak makan Roti Nan Tandoori ni. Lama-lama takde dah gerainya. Tak meniaga lagi ke atau berpindah ke.. Tak pastilah pulak Sk sebab memang tak ada jumpa lagi.
Hurmmm... Banyak pulak kisah kenangan mengusik jiwa ni ya
😆😆😆
Tu dia punya tarikkkk! Sukalah Iman sebab dapat makan Nan Cheese Tarik-Tarik ni. Ternyata mereka masih mengekalkan resepi asal cuma nak restoran sahaja yang bertukar tapi sombongnya tetap sama, hahaha. Kalau nak makan roti nan cheese yang cheese nya boleh tarik-tarik macam ni, bolehlah ke sini, tapi kalau setakat nak makan roti canai, dah ada restoran melayu yang meniaga roti canai malam-malam di belakang rumah Sk, jalan kaki jer kalau nak pergi.
Eh, kalau tahu di mana lagi ada Nan Cheese Tarik macam ni, kongsi-kongsilah ya.
Wassalam.
Woahhh! Terliur sunnguh ni >.< sedapnyaaa
ReplyDeleteTerus rasa nak makan nan cheese harini wooooo...
ReplyDeleteNampak menarik la Iman...sombong? aik dah kenapa plak sombong...
ReplyDeleteNan cheese macam ni saya selalu makan kat restoran said alwi, taman skudai indah...
ReplyDelete