TEMPAT SARAPAN ALA JOHOR PALING SEDAP DI JB

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum…

JADI Food Blogger ni, Sk sering ditanya terutama dari kawan-kawan bukan Johorean tentang tempat menarik untuk bersarapan di Johor Bahru dan makanan tu mestilah bertemakan Johor, haaa.. gituuuu. Hurmmm.. baru kita nak diet, dah kena bagi contoh pulak, takpelah.. kita korbankan diet, Sk nak bawa anda ke Hutan Bandar, Johor Bahru.

Google Image
Untuk pengetahuan anda yang tak pernah lagi datang ke JB, Hutan Bandar JB ni mempunyai sebuah medan selera yang terletak di atas bukit. Sebahagian bangunan medan selera ni dibina daripada kayu dan agak klasik jugak. Seingat Sk, medan selera ni wujud sejak Sk awal 20-an lagi, dan sekarang ni Sk pun dah 44 tahun, punyalah lama, kan.. bangunannya pun dah sedikit usang dan sekarang ni ada kerja baik pulih yang sedang diusahakan Majlis Bandaraya Johor Bahru.


Sk kalau datang ke sini, mesti nak makan Lontong Kering. Kadang dah plan nak makan lain, tapi bila sampai tetap jugaklah nampak lontong kering atau Lontong Darat ni memanggil-manggil. Kelembutan nasi impit yang disirami sambal, sambal kacang dan kuah rendang serta ditaburi serunding pastinya membuat kita kekenyangan sampai ke petang tengahari. Sk biasanya suka makan dengan Paru Berlado tapi masa ni paru dah habis


Soto Nasi di Hutan Bandar Jb juga antara soto yang sedap dan berasa rempahnya.  Ditambah pulak dengan sambal kicap yang kick tu,  memang maka  tak toleh kiri kananlah.. Hahaha.  

Selain dari sarapan ala Johor,  gerai lain juga ada menyediakan sarapan ala Malaysia,  apa lagi kalau bukan roti canai satu!! 😂 dan banyak lagi makanan lain.  Jangan lupa mencuba Mee Kolok atau Mee Char dari Sarawak yang turut boleh didapati di Medan Selera Hutan Bandar JB. 
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita baca macam gaya pembawa pelancong dalam bas tu Kak hahahahah...
    Lama x kesini mencekik! Jom dating sini...suka bakso dia..powerrr

    ReplyDelete
  2. sedap-sedap semuanya...dulu sekali je pernah datang sini, makan roti canai dan abc..sedap gakkk..nak datang lagi la makan soto pulakkk

    ReplyDelete
  3. macam sedap je menu2 tu. saya suka ni soto.

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak ke hutan bandar mawar. Masa anak dua dulu selalu bawa anak mandi mandi kat sana

    ReplyDelete
  5. Alaaaa...terus terasa- terasa ha..JB SA pernah sampai kat area AEON tu je...pas tu pi Plant kat Tanjung Bin..then balik KL semula..

    ReplyDelete
  6. mee kolok dan char mee dekat situu memanggggg powerr yang amattt..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!