SINGGAH MAKAN DI WARUNG CAPATI BROTHERHOOD

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum...


SEMASA meneruskan perjalanan pulang ke selatan, Pak Inche mengajak singgah makan di Restoran Saudagaq yang terletak di Tanjung Malim. Sk fikir, lama jugak kami tak makan Mee Sup Utara di sana, lantas terus bersetuju. Yang sebenarnya Sk ni tak cerewet dan tak kisah pun nak makan di mana, asalkan tempat tu meyakinkan Sk maksudnya jelas halal dan bersih. Kalau terang-terang ada tok pekong atau kuil memang Sk tak akan masuk. Kalau kedai melayu tentunya tidak diragukan halalnya.
Seperti biasa, layankan sajalah Pak Inche nak ikut jalan kampung. Sebelum nelepasi Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang teiba ternampak warung yang dipenuhi pengunjung. Kereta dan motosikal berkuasa tinggi berderet-deret di tepi jalan. Menarik! Oleh sebab kami dah terlepas, jadi Pak Inche buat pusingan u di depan. Semangat Sk turun kereta, best wo makan-makan petang kat warung.
😂😂😂


Masuk jer dalam warung, fuhhh.. Full house. Kebanyakan mejanya disusun memanjang jadi maknanya kita akan berkongsi meja dengan pelanggan lain. Seorang pelanggan yang dah siap makan dan menawarkan tempatnya pada kami, Alhamdulillah.. Terus dapat duduk, datang pelayan warung mengambil pesanan. Dah namanya pun Warung Capati, haruslahhh Sk minta capati kan, ni kes balas dendam la hari tu ter order nan cheese, hahaha. Tapi, capati lama lagi, katanya. Dia menunjukkan ke arah meja yang diduduki bikers veteran. Dorang jer dah order 20 keping, katanya.

Tak apa, saya tunggu.. Jawab Sk.

Dalam gambar, aiskrim kelapa untuk Pak Inche. Terasa kelapanya macam kat Thailand gituuu.


Tak tahulah lapar ke apa, Pak Inche minta Nasi Lemak Ayam Goreng. Tapi, memang beberapa hari di Ipoh pun dia ada cakap, nak cari sarapan Nasi Lemak Bungkus Daun Pisang. Hurmm.. Dapat nasi lemak dalam pinggan pun okeylah kan. Ni, dari nasi lemak, sambal dan ayam goreng semuanya sedap sayangnya dah tak berapa panas.


Setelah menunggu dengan sabar, sampailah dua keping capati ke meja. Sk tanya Pak Inche, yang mana lagi sedap, capati di sini atau di Chenderiang? Pak Inche jawab, Capati Brotherhood. Dengan kuah kari kaki ayam yang pekat dan melekat bila capati dicecah, dengan kaki ayam yang cair bila disuap ke dalam mulut, wallaweiii.

Patutlah tak putus-putus kakak warung menguli dan mencanai capati, memang sedap ui capatinya. Terus Sk terfikir, di Perak ni agaknya memang femes dengan capati sehingga ada warung melayu yang menjual capati sebab jika di Johor, capati dimonopoli oleh peniaga bangsa India atau malbari. Tu pun susah nak cari yang betul-betul sedap.

Jika anda nak singgah ke sini, senang aje, cari Politeknik Sultan Azlan Shah. Warung Capati Brotherhood ni terletak kurang 500 meter dari politeknik dan kedudukannya bertentangan dengan politeknik.

Warung Capati Brotherhood
Waktu Operasi : 12.00 pm - 10.30 pm
Buka : Selasa hingga Sabtu
Tutup : Ahad & Isnin

Notakaki : Sk rasa waktu beroperasi tu dah berubah sebab masa Sk datang tu hari Ahad, buka jer warungnya.

Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Allah...kenapa la baca entry ni time ni..mak aiiii ayam goreng tu...SA kalah kalau nampak ayam goreng super menggiurkan cenggitu...

    ReplyDelete
  2. Ala kak seri.. dah macam baca blog jalan-jalan cari makan je bila singgah blog kak seri ni.. ada je tempat makan dan makanan yg best2.. haha

    ReplyDelete
  3. wowww... boleh try singgah kalau lalu nak balik kg nanti.. ahad dan isnin tutup ye.. mesti kena igt ni.. kang pergi waktu dia tutup pulak. hihi

    ReplyDelete
  4. kita tak pernah nak cuba capati ni...kalo ke kedai mamak, mesti order roti canai atau puree..tapi baca entri kak seri ni, macam memanggil-manggil pulak si capati ni ekk

    ReplyDelete
  5. Terus rasa nak makan capati...tapi kat rumah ada asam pedas plak ahahaha buat lempeng laaaa

    ReplyDelete
  6. Perghhh kuah Kari kaki ayam Tu yg power Kan... Akak pun suka capati.. baru pekena dua keping dgn kuah Kari ikan akak smlm..😁

    ReplyDelete
  7. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
  8. Kat sini claypot asam pedas dia pun torbaik SK.. Banyak kali jugak singgah sini bila nak balik kampung

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!