MAKAN ASAM PEDAS BERSULAM AIR MATA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum…

"BABAH kalau pergi Melaka, jangan makan Asam Pedas Hajjah Mona," pesan Iman bila Sk beritahu kami akan singgah di Melaka sebelum pulang ke JB.
Kenapa? Sebab Asam Pedas Hajjah Mona merupakan tempat feberet Iman menikmati Asam Pedas Tetel. Walaupun pernah dikecewakan, dilayan dengan muka mencuka dan pernah diarahkan tutup sementara namun Iman tetap setia dengan Asam Pedas Hajjah Mona.. hahaha.

Jadi, masa jalan-jalan di Pasar Karat Melaka tu, Sk ajak Pak Inche makan Street Food jer. Macam tak best pulak nak makan Asam Pedas tak ada Iman. Pak Inche kata, okey.. jom kita pergi makan Yong Taufu. Tapi bila dah naik kereta, tetiba dia kata nak makan Asam Pedas Claypot. 
Layankan ajelah, asal bukan Asam Pedas Hajjah Mona, kannn.


Lepas tu, sepanjang jalan asyik sebut Yaya.. Yaya.. Yaya. Sk pesan, jangan sebut sangat, nanti dia di sana teringat-ingat. Sk pun bukan tak ingat, tapi sebut dalam hati ajelah. Nanti, tak pasal-pasal kita jugak yang sedih, kan. 

"Babah rindu Yaya ke?"

"Heeeee… heheheeeeeeeee.." (Sengih) "Bestnya kalau ada Yaya"

"Ialah.. tapi biarlah dia pi belajar sana, dah elok dah dengan kawan-kawan dia, dia pun dah tak nangis lagi dah," pujuk Sk.

Sampai di Asam Pedas Claypot, kami mencari meja kosong. Boleh tahan ramai juga pelanggan masa tu nasib baik ada satu meja kosong yang dah dibersihkan, kami pun duduk.

Pak Inche menunjuk pada meja kosong di sebelahnya, "ni tempat Yaya." sambil buat gaya menyakat Iman macam selalu.

"Eh, dahlah.. jangan sebut-sebut lagi, kesian Yaya tersedak-sedak nanti,"

Dan.. hujan pun turunnnnnnnnnnnnnnnnn…

Alamak! Airmata Sk pun dah bergenang sekali ni...


Dalam pada sedih tu, order jugaklah sorang semangkuk Asam Pedas Tetel. Setiap set asam pedas didatangkan dengan setengah biji telur masin, sayur kubis goreng dan sambal belacan kisar halus.

Asam pedas yang pedas dihidangkan dalam mangkuk besi (kata claypot) membuatkan kami makan sambil menangis. Rasa pedas, panas dan sedih bercampur baur. Makan jugak walau hati liang libu sampai licin nasi sepinggan, huwa huwa huwa.

Balik hotel, sambung lagi nangis.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alolo.. kesiannya dah rindu kat iman.. yela, 18thn berkepit ngan bonda ngan babah je kan.. mana tak rindu dan teringat2.. anak manja sorang tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. Alaaaaaa...SA plak meleleh air mata..dah la hati tisu ni...

    ReplyDelete
  3. Lom pernah lagi makan asam pedas kat Melaka...kena pergi juga ni nanti...

    ReplyDelete
  4. halah²..touching tau entry ni.Kita pun kalau berjauhan dengan anak, sedih ya amat. Ini kan pulak iman pergi jauh belajar kan.Anak sorang kan kak seri... bila dia takde lain macam..Semua benda teringat kat dia

    ReplyDelete
  5. Meleleh air mata sebab kepedasan atau kerinduan?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!