SARAPAN DI WARUNG MESIN JAHIT JULIE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum...

GARA-GARA posting Wak Warisan Petani bersarapan di Warung Mesin Jahit, Sk telah mengajak Pak Inche untuk bersarapan juga di sini kerana tergoda dengan Lontong Laut yang dimakan bersama sate. Bukan lontong semata yang membawa Sk ke sini tetapi keunikan warung ini yang juga dikenali sebagai Warung Mesin Jahit kerana menggunakan kaki mesin jahit lama sebagai kaki meja malah ada meja masih dikekalkan kedudukan mesin jahit di tengahnya siap benang lagi. Alah, macam mak-mak kita dulu, lepas jahit kan mesinnya disimpan ke dalam, haaaaaaaa.. macam tulah, unik sungguh!


Tak semua meja masih menyimpan mesin jahit di bahagian bawah meja ya, tak silap Sk rasanya ada dua biji sahaja iaitu yang berjenama Singer (menurut kata Wak) dan Raleigh. Sk bernasib baik kerana dapat duduk di meja yang ada mesin jahit. Kiranya meja yang samalah dengan wak duduk hari tu, hahaha. Tak dapat nak ambil gambar mesin singer sebab ada orang lain duduk situ pulak lepas gambar ni diambil.


Pak Inche nak makan Nasi Lemak tapi dah habis pulak nasib baik ada Bihun Soto. Sk pilih Lontong Kuah bersama sate ayam dan daging. Masa kami sampai orang pun tak berapa ramai, SK tak tahu sama ada warung ni viral atau tidak sebab masa tu pun dah pukul 10 pagi. Mungkin ramai pada sebelah pagi tadi, kan.. kalau tak, takkanlah nasi lemak boleh habis. Pelayan yang mengambil pesanan pun murah dengan senyuman dan bersabar melayan kerenah kami nak sambal lebih lah pulak, hahaha.




Lontong Kampung tapi tetap sedap dengan sayur lodeh yang tidak terlalu pekat atau cair santannya dimakan bersama sambal tumis. Sate yang dihidangkan kepada pelanggan telah dibakar siap dan mungkin dibekalkan oleh pembekal sate lain. Satenya sedap dan lembut walaupun dah tak panas masa dihidangkan.Sk lupa pulak nak tanya harga sate di sini dan juga harga set lontong sate ni. Orang kaya memang begitu.

Update : Komen dari Wak WP,  sate tu memang dibakar oleh pemilik warung ini sendiri,  jadi kalau anda nak makan sate panas-panas,  datanglah pagi-pagi ya,  jangan macam Sk pukul 10 baru sampai,  hihihi. 


Bihun Sotonya bolehlah.. supnya biasa aje tak boleh lawan Soto Skudai, hehehe. Apa taknya, soto Skudai isi-isi ayam, tulang kulit semua ada dalam mangkuk, kan. Pak Inche lah yang kata, dia memang suka sangat Soto Skudai tu, bagi Sk biasa aje. 

Harga makanan yang kami bayar untuk Semangkuk Lontong Sate, Semangkuk Bihun Soto, Sepuluh Cucuk Sate, Segelas Teh O dan Segelas Air Suam hanya RM18. 


Untuk ke sini, daripada Lebuhraya Utara Selatan, keluar ke Plaza Tol Ayer Hitam, belok kiri, dalam 1 km anda akan nampak BHP Petrol di sebelah kanan. Okey, jalan terus sikit, dalam 400 meter di sebelah kiri anda akan nampak Warung Julie (masuk ke dalam sikit jer, bukan tepi jalan betul).

Selamat bersarapan!

Warung Julie
Lorong Haji Surif
86100 Ayer Hitam, Johor

Buka Selasa hingga Ahad (Isnin tutup)
7.00 pagi hingga 12 tengahari
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah dah terjebak juga nampaknya.
    Sebenarnya sate tu pun tuan warung yang sediakan.
    Kalau datang awal pagi, nampaklah dia bakar kat depan warung tu.

    ReplyDelete
  2. waah.. boleh try la nanti.. kitorg ni kalau nak ke utara belah pagi suka cari tempat sarapan kuar exit air itam tu jugak..

    ReplyDelete
  3. Wah jauhnya di johor.. balik kampung di kluang boleh ajak hubby cuba ni :)

    ReplyDelete
  4. Kat JB memang banyak tempat sesuai jadi food hunting kan...kalau SA..SA memang suka mencuba tapi tu la..kalau banyak makan senang je naik badan...

    ReplyDelete
  5. Masih ada lagi rupanya kedainya ek, dan masih guna juga mesin jahit..sekali dulu pernah makan sini, yg kelakonya dah sudah makan, nak masuk kereta baru perasan itu mesin jahit hahahahahah

    ReplyDelete
  6. eiii menariknya kak oiii...ada mesin jahit lagi, unik gila! wajib diviralkan kalo belum viral...hahahahha

    ReplyDelete
  7. kedai makan lebih menarik bila ada khazanah lama ni.

    ReplyDelete
  8. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!