MAKAN-MAKAN IPOH HARI PERTAMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum... 

KALI ini rasa macam berhari-hari berada di Ipoh.  Bermula dengan sarapan Capati di Chenderiang dan check-in di I Garden Hotel, kami mengambil Iman di kamsis dan terus keluar makan memandangkan perut pun dah kelaparan.  Jam pun dah pukul 3, tengok Iman angkut sekali baju kotor sebab nak minta babah belanja dobi,  katanya. Di carian fb,  kami mencari-cari tempat makan Ipoh dan hasil carian membawa kami ke Restoran Kak L****. Tengok sebelahnya ada kedai dobi,  sedang eloklah tukan. Sekali,  Iman kata,  ramai kawan sekamsis bagitahu makanan di situ tak sedap pun.  Pak Inche meninjau dan keluar balik, banyak makanan dah habis, katanya.  Dan memang nampak tak menarik pun.  Hurmmm... 


Malas nak fikir,  dalam jam macam tu kedai mana lagi yang ada lauk selain kedai mamak.  Dan tentulah Nasi Vanggey menjadi pilihan kami sekali lagi.  Nasi Vanggey tak apa,  jangan Nasi Ganja,  hahaha. Kali ini Sk pilih lauk kambing. Uishhh,  memang kipas susah mati kambing Sk ni kan.. Hahaha.  Yang merah-merah tu katanya labu. Labu goreng masala rangup kot.  Sk pun tak nampak kat mana tekstur labu tu,  tapi memang sedaplah makan dengan nasi.  Macam kita makan sotong goreng tepung laaa nikmatnya,  hahaha. Okey, tengok gambar balik, baru perasan ada macam rupa labu air, hehehe. Pak Inche dan Iman macam biasa layan Ayam Goreng Vanggey dan kuah campur.  Hari tu dah habis,  ni baru dapat.  Terbayang kepuasan di wajah masing-masing. 


Lepas makan,  kami balik ke hotel.  Sambil melepak atas katil kami berborak tentang kehidupan Iman di kamsis.  Kelasnya,  pensyarahnya,  kawan-kawan,  aktiviti dan makanan.  Macam-macamlah yang kami borakkan, lama tak jumpa,  kan.  Selalu chatting dalam whatsapp group jer,  bila jumpa depan mata baru puas berborak.  
Lepas maghrib,  Pak Inche ajak pergi makan.  Sebenarnya taklah lapar sangat masa tu sebab masa makan Nasi Vanggey tu pun dah petang,  kan.  Jadi,  kami ke Medan Selera Dataran Sago.  Dah dua kali datang sana tak dapat makan Popia Basah SS Ali.  Nasib baik kali ni buka. 


Terus order dua set popiah,  amek kawww.. Makan puas kali ni.  Lepas tu macam tak ada hati nak makan makanan lain.  Makan popiah semata.  Padahal, kat JB pun ada popiah SS Ali, hihi.Tengok sebelah ada pasar malam.  Lepas makan,  ingat nak jalan,  sekali hujan daaaaa.  Terus balik dan sambung lepak kat bilik.  Seronok tengok luar bilik yang dihiasi cahaya lampu taman tapi kenapa tah malas nak ambil gambar,  hurmmm.  

Sebenarnya takut..  Takut ada entiti lain.  Tulah,  percaya sangat dengan tahyul,  sendiri yang penakut,  huhuhu. 

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alamak...sedapnya popia basah tu...

    ReplyDelete
  2. Setakat ni kalau kat Johor nak makan popia, kenalah gi Tmn Perling depan Perling Mall tu haaa..tempat lain tak tau, nak ke Ipoh jauh benauuu

    ReplyDelete
  3. kita popia suka makan kat teso kota masai..So far sedap la..bleh diterima tekak..yang ni tak pernah lagi nak mencari..Mesti banyak benda nak tye kat iman kan...dalam whatssap lain tau dari jumpa depan²..Dapat mengadap muka anak tu yang best kan mak inche

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum seri...sedapnya tengok popiah basah tu..

    ReplyDelete
  5. Semua tergoda dengan gambar popia basah tu yee..kita pun nak share la, popia basah kat pintu masuk tesco tebrau sebelah restoran nasi campur tu pun sedap jugek..hahahah

    ReplyDelete
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!