MAKAN DI RESTORAN YIK MUN, TANJUNG MALIM

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum…

DALAM perjalanan pulang ke selatan selepas menghantar Iman ke Politeknik, kami singgah ke Tanjung Malim untuk mengisi perut. Pada mulanya, Pak Inche ajak makan mee hailam di Seafood Garden Restaurant tapi Sk lebih suka santai-santai makan di Yik Mun. Bukan nak makan pau tapi teringin nak makan roti kahwin sambil menghirup secangkir kopi putih namun lain pulak yang terjadi.


Roti Kahwin tapi rupanya kita lak yang kena kahwinkan sendiri.. kui kui.
Roti ala ala Roti Benggali yang telah siap dibakar dihidangkan bersama mentega dan kaya Hainan homemade. Baru jer nak sapu kaya, tetiba sampai pulak hidangan untuk Pak Inche.


Kuey Teow Hainan. Bila Nampak Pak Inche order ni, Sk pun rasa macam tergugat, hahahha. Rasa nak order jugaklah benda yang sama tapi lain. Apakah benda yang sama tapi lain tu?


Kuey Teow Cantonese untuk SK. Oh, baru tahu beza Cantonese dengan Hainan, Cantonese kuahnya putih dan Hainan kuahnya hitam. Makan dengan cili jeruk sedappp.


Lepas tu tanya Pak Inche, nak tak makan Chicken Chop sekali?
Pak Inche kata, bolehlah.. kita kongsi. Jadi, orderlah Chicken Chop sepinggan dengan niat makankan untuk Iman.. huwa huwa huwa.

Hurmmm.. macam tak sedih jer tinggalkan Iman ek??
Tungguuuuuuuuu...

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alahai....dia pi order fav Iman tu terus jadi sebak..takpe Iman mengejar cita2..hehehe..sure sedih..SA nanti macam mana agaknya

    ReplyDelete
  2. yang ayat last tu buat kita sedih lak...selalu iman ada je kan...

    ReplyDelete
  3. Hahahaha sekarang makan niatkan utk Iman je kann..
    Tapi nantikann, lama-lama di anak yang duduk POLI tu makan lagi sedap dari kita huhuhu

    ReplyDelete
  4. Aku orang Tg Malim dari kecik sampai tua tengok kedai Yik Mun ni. Dulu di pekan lama TM. Bila main road diubah sbb jln keretapi tk boleh nk cross Yik Mun pindah ke lokasi sekarang. Yg aku tahu kami penduduk Melayu Islam Tg Malim tk dtg makan di Yik Mun. Yg singgah makan di situ hanya org luar saja. Tanyalah org Tg Malim kenapa kami tk makan pau Yik Mun. Dengar apa mereka jawab.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!