Assalamualaikum...
NI kalau arwah abah masih ada, memang pantang la makan bertatang depan tv. Tapi, sejak arwah abah tak ada, memang ada ketika kami adik beradik langgar pantang ni. Ibu memang tak kisah sangat bab ni asalkan jangan makan bersepah atau tinggalkan pinggan mangkuk. Maknanya lepas makan semua kena kasi clear.
Sejak kahwin pulak, kami makan memang berhidang ketika sarapan. Maknanya, kalau sarapan anak beranak mesti di meja makan. Ruang makan dengan ruang tv pulak terasing, jadi memang jarang la sarapan sambil tengok tv. Alah, sarapan pun biasanya sepuluh minit aje kan. Lagipun pagi-pagi bukan ada rancangan menarik pun.
Di hari cuti hari ini sempena majlis pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong, tetpaksalah Sk buat sarapan. Kalau disuruh pilih sama ada membeli di luar atau memasak, Sk pilih memasak, gitu. Jadi, hari ni Sk buat nasi goreng je dengan telur separuh masak. Dah siap hidang di meja, Pak Inche ajak sarapan depan tv sebab nak tengok secara langsung istiadat pertabalan tu.
Dah dengan pinggan nasi goreng dan mangkuk telur macam mana nak makan depan tv kan. Dengan pinggan Pak Inche lagi. Bukan beso sangat meja yang ada lainlah kalau makan di ruang tamu, hahaha. Sudahnya, Sk curah jer telur separuh masak atas nasi goreng, kah kah kah. Nasiblah, masuk perut sendiri kan, bukan perut orang lain.
Kui kui!
Wak pun selalu makan depn tv
ReplyDeleteKalau SA menjadi kepantangan mak abah kalau makan depan tv..hehehe..kena makan proper kat meja makan...
ReplyDeletekita kat rumah ni pun kalo ramai2 biasanya makan depan tv..sebab situ je ruang besar sikit..kalo sorang2 bole la makan kat meja depan oven..
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802