MAKAN DI TOMYAM BATU 6, TAMBUN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum…


MALAM kedua di Ipoh, kami bertanyakan Iman nak makan apa. Iman ada cakap jugak, teringin nak makan udang dan sotong, lama sangat tak makan. Jadi, bila disuruh pilih tempat makan, Iman mencadangkan untuk makan di kedai tomyum. Dan Pak Inche terus membuat carian kedai tomyum sedap di Ipoh. Hasil carian, telah membawa kami ke Tomyam Batu 6 yang terletak di Tambun. Dari luar nampak kedainya biasa-biasa sahaja tapi terus terkagum bila masuk ke dalam kedai yang dihias dengan begitu indah sekali.


Boleh pilih nak makan bersila atau makan di meja. Kami pilih makan di meja, lebih selesa maklumlah dah remaja purba ni, kan, hahahaha. Tapi mata melilau ajelah tengok hiasan dalam kedai. Rasanya belum jumpa lagi kedai tomyam di JB secantik ini.


Antara menu istimewa di Tomyam Batu. Menu pelik sampai tak pelik antaranya Siakap Dua Hati dan Siakap Dua Muka… ingatkan Talam aje yang ada dua muka, hahahah.


Kami pesan Siakap Tiga Rasa.. ni kategori siakap satu muka lah, kan.. kalau dua muka tu maksudnya satu siakap dimasak dengan dua cara, begitu juga dua hati, lain-lain cara masak bagi setiap bahagian siakap.


Udang Sambal.. rasa macam udang sambal tumis, tak sama macam udang sambal di Sayam.


Terkejut tengok Sotong Goreng Tepungnya yang besar gedabak. Dah macam saiz donut.


Tapi sotongnya tak ada, yang ada telur sotong dengan tepung yang banyak, hahaha.


Tomyum kelapa Seafood. Kecik beno lubang kelapa
nya tapi ini betul-betul sedap!


Kerabu mangga.. pun sedap..


Carrot Susu yang penuh rasa susu.


Sementara menanti hidangan kita wefie



Kalau nak datang ramai, boleh booking tempat ya.



Lepas makan, jalan-jalan kat Gerbang Malam.
Haaaaaa.. ni ala-ala bazar karat Johor la... meriahhhh!
Tapi tak boleh celen bazar karat JB wooo.. siapa yang pernah datang tahulah macam mana, berpeluh pusing satu bazar, hahaha.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Menarik bazar karat..tapi nak pi yang JB punya...ada tour guide nak bawakkan tak..hahahaha...tomyum dalam kelapa tu nampak sedap...

    ReplyDelete
  2. Tiba-tiba terliur pulak baca ayat tomyum...sedapnyaaa lahaiii...

    ReplyDelete
  3. macam sedap je tomyum kelapa tu kak seri.. x penah rasa lagi..

    ReplyDelete
  4. Kecur air liur nengok tomyam kelapa n kerabu mangga tu..huhuhu

    Cantik design dalam restoran, macam alam fantasi pun ada 😂

    ReplyDelete
  5. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!