Assalamualaikum…
"APA kata hari ni kita pergi Suhaimi Café tu, kot-kot orang tak ramai ke..?" Ajak Pak Inche di hari terakhir kami berada di Ipoh sebelum menghantar Iman pulang ke Kamsis.
Sk berfikir sejenak, "Okey, tapi janji, beratur panjang macam manapun kita tunggu dan bertabah."
"Okey, jom!"
Sk bukannya apa, selagi tak dapat makan selagi tulah akan teringat-ingat. Lagi pulak nak ke sini bukannya boleh tiap-tiap minggu. Ingat macam pergi Pontian atau Kota Tinggi, ke? Hahaha.
Dari jauh dah nampak kereta parking berderet-deret. Sahlah kena beratur panjang, huwa huwa huwa.
Sk cepat-cepat beratur di belakang seorang wanita bertudung biru (belakang yang bertudung merah ni). Bagus jugaklah beratur tunggu giliran macam ni daripada kita tunggu sebelah meja orang tengah makan, kan. Tambah sakit hati bila tengok orang lain yang baru sampai pulak bernasib baik dapat meja dulu. Ishhh.. tak suka rebut-rebut macam tu laaa.
Yeyyy! Akhirnya kami berada di depan.. hahahaha. Jam masa tu menunjukkan hampir pukul 11 pagi. Tak silap kami beratur masa tu dah 10.30 lebih jugak, lebih kurang 15 minit jerla beraturnya, sikit lagi nak dapat meja. Terus tersenyum-senyum sampai ke telinga, hahahaha.
Tak sabar nak makan Signature Dish Suhaimi Café, Roti Benggali Kari Ayam, nyum nyum!
Perghhh.. ni kerusi tahun bila lahir ni. Iman tengok kerusi terus cari kerusi lain, tak yakin nak duduk, takut kemik, hahahaha. Sk duduk okey jer, kukuh, cuma Iman takut sebab tak pernah jumpa kot, hahaha.
Tapi sedih, sebaik sahaja staf SC datang bawa menu, dia terus bagitahu Roti Benggali Kari Ayam dah habis, huhu. Sk cakap, korek-koreklah periuk tu, dapat semangkuk kecik pun tak apa, kitorang datang jauh dari Johor ni.
Sekejap lagi dia datang semula bagitahu memang dah habis, kalau nak makan tu kena datang pagi-pagi, huwaaaaaaaa..
Sedikit kecewa sebenarnya tapi nak buat macam mana kan, dah tak ada rezeki. Hurmm.. sebelum ke sini Sk dah study menu-menu wajib cuba antaranya Kopi Vietnam. Disebabkan Sk tak pernah lagi ke Vietnam, bolehlah minum kopi sambil feeling-feeling ada kat Vietnam, hahaha. Sk pilih Vietnam Coffee 3, Iman ambil Vietnam Coffee 2. Apa yang membezakan Vetnam Coffee 1, 2, 3, 4 dam 5 kenalah baca sampai habis.
Roti Bun.. ada dua jenis, bakar dan kukus. Punyalah tamak, ambil dua-dua sekali. Yang dalam gambar ni rasanya versi kukus. Rotinya gebuuuuuuuuuuuu nak mampussssss gilerrrr
Dah tiga tempat Sk makan Roti Telur goyang ni termasuklah di Kopitiam Kita dan rasanya Roti Telur Goyang SC nilah yang terbaikkk! Adoh, balik JB nak carilah Roti Benggali Jalan Dobi tu, hahaha.
Roti Telur Goyang ada dua versi, yang ada Seri Kaya dan tiada Seri Kaya.
Hurmm.. Nampak tak kopi Vietnam tu.. memang teringin sangat dan syok tengok dia menitis tu tapi bila kita nak minum dah sejuklah pulak. Kembang oi tekak Sk minum kopi sejuk, kalau kopi ais tak apa, terus masuk kopi dalam ais, perghhhh! Power giler ahhhhhhhh!
Siapa-siapa yang datang Ipoh, jangan lupa ini destinasi wajib untuk bersarapan. Anda waze sahaja Suhaimi Café, mesti jumpa punya!
Spaghetti Carbonara untuk Iman. Sedap ui sos carbonaranya yang diletakkan chicken ball. Eh, kecurlah pulak bila teringat.
Iman suruh Sk order mee kari, boleh rasa katanya. Sk pandang Pak Inche, Pak Inche terus angguk laju-laju, hahaha. Jadi, kami pesan semangkuk la, kongsi bertiga.. bertiga??? Hahahahah.. Iman tukang habiskan. Mee kari dia sedap dari yang kami makan semalamnya di sini.
Ini betul-betul punya makan, hahahaha. Rasa tak sabar nak ke Ipoh lagi dan singgah ke Suhaimi Café.
Beratur pun beratur laaa.. hahahah.
Vietnam Coffee S Arabica
Vietnam Coffee 1 Culi Robusta
Vietnam Coffee 2 Robusta
Vietnam Coffee 3 Arabica SE
Vietnam Coffee 4 Premium Culi
Vietnam Coffee 5 Culi Arabica
Jom ke..
Suhaimi Café
57, Laluan Jelapang Selatan,
Kampung Tengku Husin Hujong, Ipoh, Perak.
Waktu Operasi : Rabu hingga Isnin
7.45 pagi - 12.00 tengahari
assalamualaikum seri...wah !! sedapnya tengok spaghetti carbonara tu...
ReplyDeleteKopi vietnam tu pernah sekali minum masa transit di vietnam, memang power giler..
ReplyDeleteBilalah nak ke Ipoh ni, tgh tunggu dan buat persiapan ni nak round Malaysia, nak makan mak inche hahahaha
Terliur plak tengok mee kari tu ha....sedapnyaaaa....
ReplyDeletekawan kita ada ritu singgah ipoh sarapan kat sini.. katanya sedap2 belaka.. nak ke sana kena awal. siap berator lagi.
ReplyDeleteIngatkan nombor2 kopi tu berapa shot..rupanya jenis kopi ek..
ReplyDeleteLain kali kena pi awal2 pagi lerr nampaknya tu baru ada roti benggali kari ayam 😆
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802