LEMPENG PEKAK CICAH KARI KAMBING KELMARIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
8
Assalamualaikum…


AKHIRNYA dapat juga makan Lempeng Pekak dicicah dengan Kari Kambing KELMARIN, hehehehe. Ada yang baru pertama kali dengar tentang lempeng pekak ni rupanya. Sk pun tahu lempeng pekak dari Che Mat Gebu. Rupa-rupanya lempeng kosong tu dipanggil lempeng pekak, yang bahannya cuma tepung dan air sahaja (serta garam). Kalau dalam family Sk, memang sebutannya lempeng sahaja, kalau taruk kelapa dipanggil lempeng kelapa, taruk pisang dipanggil lempeng pisang. Dah kahwin orang Kedah, baru tahu lempeng pisang dipanggil peknga.

Memandangkan Sk berseorangan di rumah semalam (Pak Inche ada bola), maka Sk bancuh sedikit sahaja tepung gandum. Buat lempeng bodoh-bodoh ni tak perlu bersukat bagai macam buat Souffle resepi omputeh. Masuk tepung, garam, air (banyak) secukupnya, jadilah lempeng. Kalau letak air sikit, jadi jemput-jemput. Untuk mendapatkan tekstur lempeng yang lembut, Sk pecahkan sebiji telur (hurmm.. dah tak jadi pekaklah sebenarnya kalau ada telur) Tetiba terlintas pulak nak masukkan sedikit baking powder, kot dia terus jadi roti nan ke kan, hahahah. Hasilnya lempeng Sk lembut gebu walaupun telah sejuk. Bagi adik-adik yang baru nak belajar buat lempeng, di sini Mak Inche sertakan resepi bersukat.

Lempeng Yang Sedap dan  Lembut Walaupun Dah Sejuk
(tu dia bukan main panjang tajuk resepi)

1 cawan Tepung Gandum
1 cawan air
1 biji telur
Secubit garam
1/3 tsp baking powder

Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan kacau rata guna hand whisk sehingga adunan menjadi licin.
2. Biarkan dalam setengah jam, kemudian kacau rata.. panaskan kuali leper.
3. Bila kuali cukup panas, oles kuali dengan minyak masak rata-rata. Tuangkan sesenduk adunan, gunakan senduk, buat gerakan membulat sehingga adunan menjadi nipis dan rata atas kuali.
4. Biarkan ia kering barulah diterbalikkan. Adunan akan menggelembung di beberapa bahagian kesan baking powder, abaikan.
5. Bila lempeng cukup masak, bolehlah diangkat dan dicicah dengan kari atau sambal kegemaran anda.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. belum pernah rasa ni.. mesti sedap kann

    ReplyDelete
  2. eeeee,,,,walaupun pekak...nampakk sodappppp....

    ReplyDelete
  3. kita sama kak, suka letak telur dalam lempeng...dia jadi kenyal2 gitu

    ReplyDelete
  4. Mak kita pun panggil lempeng pekak hahahahaha, sambal tumis bisu (yang takde ikan bilis)

    ReplyDelete
  5. kita pun baru tau pasal lempeng pekak ni mak inche...hahahah

    ReplyDelete
  6. Masih nak tau kenapa dinamakan lempeng pekak..dari ari tu x dapat jawapan..hahaha

    ReplyDelete
  7. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!