TIGA HARI DUA MALAM DI I GARDEN HOTEL, IPOH

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum…


DI SINILAH lokasi yang menjadi pilihan kami kali ini sepanjang berkampung di Ipoh untuk kali kedua selepas Iman menginap di PUO. Bak kata ramai, lepas ni selalulah datang Ipoh, ternyata betul. Kalau dulu Ipoh ni cuma sekadar lokasi persinggahan selepas penat memandu dan mengisi perut yang lapar, kini ia menjadi destinasi Cuti-cuti Malaysia kami. 

Sebenarnya, semasa menghantar Iman hari tu, Pak Inche dah terpandang dan berkenan dengan hotel ni. Sk tak perasan pun, mungkin sebab kedudukan hotel yang terlindung dalam rimbunan pohon sesuai dengan namanya I Garden Hotel.



Seperti biasa, keputusan untuk menempah bilik hotel yang akan diinapi akan dibuat atas persetujuan bersama. Kali ini kami bercadang untuk mencari penginapan bajet tanpa sarapan pagi. Selepas meneroka harga bilik dan kemudahan yang disediakan, Sk memilih Garden Family Room yang memuatkan dua buah katil queen atau empat dewasa. Bolehlah tu, janji dapat mandi dan tidur dengan selesa. 



Sesuai dengan namanya, Garden Family Room terletak di halaman hotel, hehehe. Paling best boleh letak kereta depan bilik terus. Paling tak best, buka pintu jer terus nampak katil.



Memang ngam-ngam saja pintu dengan katil. Tapi perasaan tu terus bertukar ceria bila masuk ke dalam bilik. Punyalah besar bilik tu rasa macam dunia ana yang punya. 



Boleh tengok buntut kereta sambal baring-baring atas katil, hehehe.


Tuuuu.. dia.. nak berkuak gaya mana pun boleh tiga orang, hahaha.
Bilik dihias ala Bali tapi macam tak bali sangat la, kan.


Meja kerja, meja soleh dan almari bersambung. Bukan almari pun cuma ruang untuk menyidai pakaian. Macam biasa ada peti sejuk mini tapi tiada kemudahan peti keselamatan dan seterika.


Bilik air yang sangat luas. Sepanjang bilik tulah bilik air dan tandasnya.


Alatan mandian yang lengkap. Jangan risau kalau tertinggal berus gigi, hahaha.


Singki bentuk kelopak bunga betul-betul menyerlahkan ciri taman.


Tandas dalam taman, tak ada rumput tapi ada karpet hijau. Hijau mata memandang dengan bumbung lutsinar. Boleh mandi sambal tengok burung.


Dua pancuran disediakan tapi air di Ipoh ni memang tak laju kot tekanannya.



Kopi 3 in 1 disediakan dengan kemudahan memasak air dan air minuman. Bolehlah buat hilang-hilang haus balik berjalan.


Dengan harga RM250 untuk dua malam, penginapan di I Garden Hotel amat berbaloi-baloi.
Sk bagi 4 bintang!!


Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. uishhhhhh kena lerrr rege nyeee...eeeee....nicee betull..

    ReplyDelete
  2. ei murah tuu kak! dua malam kot, family room lagik!

    ReplyDelete
  3. Waaa lepas ni kuruslah Iman dari aunty Lin yaa hahahaha

    ReplyDelete
  4. uih..murah la tu untuk 2 malam..berbaloi bila tengok bilik yang besar tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!