HARI INI BAWA BEKAL NASI GORENG AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
11
Assalamualaikum...

SEMENJAK dua menjak ni rasa makin seronok pulak post pasal makan-makan di Alam Sari di Tanah Jauhar ni. Aikk! Bukan dari dulu cerita pasal makan jer ke?? Hahaha.. memanglah, tapi dulu tu ada juga berselang dengan cerita-cerita lain, ada cerita lawak, ada drama, ada cerpen ada cerita hantu. Tapi ni memanjang ceritanya pasal makan, makan dan makan.. hahahaha.

Sebenarnya Sk tambah semangat nak bercerita sebab seronok tengok ramai yang datang berkunjung ke blog Sk ni. Sk tak pastilah tersinggah dan terus pangkah ke atau baca betul-betul apa yang Sk sembangkan. Tapi, Sk tahu Sk ramai silent reader. Ada jer yang whatsapp tanya khabar dan pernah juga ditegur oleh pembaca di luar seperti di stesen minyak dan kedai dobi. Kadang macam blur sekejap, terawang-awang pun ada, hahahaha. Terasa hal kehidupan kita ni diketahui orang luar tapi dah kita yang pilih untuk bercerita, kan, kenalah hadapinya.


Dah lama rasanya Sk tak goreng nasi pagi-pagi untuk bawa bekal. Ni sebenarnya permintaan Pak Inche la. Sk dah siap pun masak nasi semalam tapi dia ajak keluar beli barang walaupun barang tu boleh jer tunggu hujung minggu baru beli. Kita ni dahlah malas nak pakai baju lawo, dah pakai baju tidur, kalau boleh nak landing atas katil terus tapi dipaksanya kita bersiap juga. Nasi yang dah masak tu dia pesan buat nasi goreng. 

Maka, terjadilah pagi ini Nasi Goreng Ayam. Sebab apa ada ayam? Sebab selain dah masak nasi, Sk juga dah perap ayam dengan garam kunyit untuk digoreng, hahahaha. Kurang rasa sedap nasi ni sebab tak ada taburan daun bawang, kalau ada, mesti lagi harum dan sedap.


Sambil makan, tekak ni mengada-ngada pulak membayangkan sedapnya kalau dapat kopi secawan, kahhhhhhh.
Segar sikit semangat nak mengadap komputer pagi ni kalau dapat kopi, kan. Barulah kepala otak rasa bergeliga sikit, hahahahahahahah.

Harap bertahan la sampai petang, tengahari malas nak keluar makan, kan hari ni balik pukul 3.30.
Ya beda beduuuuuuuuuuuuu!  

Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita pagi ni pun nak buat nasi goreng makan dengan semangkuk daging lemak semalam. Pagi tadi tido jam 6am gara-gara She Was Pretty aishhhhh

    ReplyDelete
  2. Hari ni bawak bekal bubur lagi..kali ni lauk ayam goreng..bahagian daging je..haha..teringin nak makan nasi goreng sardin...bestnya kalau dapat makan...

    ReplyDelete
  3. tak suka sayur eh? kalau kita letak sikit sayur campur frozen tu .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada sayurlah mbak tatie, kalu ada kucampak juga ke dalam kuali, hehe

      Delete
  4. Dah lama tak bawak bekal pegi kerja.
    Asal rasa lapar aje, balik rumah.

    ReplyDelete
  5. perghhh kat dobi pun ada orang tegur tu...popularrrr foodie blogger kitaaaa

    ReplyDelete
  6. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!