Assalamualaikum...
MENJEJAKKAN kaki ke Warung Mak Ram atau kini juga dikenal dengan nama Warung Abang Man bagai mengembalikan nostalgia zaman berbasikal singgah membeli Goreng Pisang ketika zaman sekolah. Malah ada kalanya, kami adik beradik sanggup berjalan kaki demi kerana hendak membeli Goreng Pisang Mak Ram serta Cucur Udang dengan Kuah Kacang. Warung ini telah wujud sejak puluhan tahun dan tetap menjadi tumpuan warga Tampoi untuk mengeteh. Hakikatnya, Mak Ram sendiri sudah lama kembali ke rahmatullah, benarlah kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Tempat pertemuan warga pencen juga. Tentunya mereka ke sini sejak zaman remaja. Sambil menikmati gorengan panas atau nasi lemak atau mee bungkus kertas sambil bersembang kisah silam.
Sebut sahaja nak kuih apa, hampir semua kuih tradisi ada termasuk cekodok pisang yang dicucuk ke lidi dengan harga hanya 50 sen secucuk. Kuih muih di sini, RM2 untuk 5 biji. Zaman kuih empat seringgit telah lama berlalu.
Goreng pisang, tempe, keledek, cendawan semuanya ada. Tak Johor la kalau tidak dicicah dengan sambal kicap yang pedas dan hangat.
Di bahagian belakamg kedai bertimbun-timbun lagi pisang menunggu dicelup ke dalam tepung lalu menyusur ke dalam minyak panas menggelegak.
Kalau suka anda boleh mencuba stail menikmati gorengan yang cukup rare dengan mencurah kuah kacang, sos dan sambal kicap...
Dan tak ngetehlahhh kalau tak ada Teh Tarik satu!!!
😁😁😁
Alamat :
Jalan Pisang, Kampung Pasir, Tampoi
Alamat :
Jalan Pisang, Kampung Pasir, Tampoi
banyak pilihan gorengannya
ReplyDeletenampak sodap
ReplyDeleteSedapnya...weekend ni nak buat la cucur udang kuah kacang....eh...lupa...kena pantang lagi.......lambatnya 30 Okt...
ReplyDeletePernah sekali dulu pergi makan sini..lama sudah tak pergi ...
ReplyDeletewarung² macam ni jugak kan yang sedap kak..Duduk mengopi..uih...best
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*