Assalamualaikum...
SELEPAS kali pertama makan di Nasi Bamboo Sg Klah dulu, kami tak pernah lagi singgah makan di sini. Orang kata, tak kena masa, kadang tutup sebab kami lalu pada hari Jumaat, kadang masa lalu tu dah kenyang, kadang orang terlalu ramai sampai sesak di kiri dan kanan jalan. Kerana tak cukup bertabah, kami biasanya memilih untuk makan di tempat lain dari bersesak-sesak di sini.
Tapi semalam, mungkin dah rezeki, kami bertabah untuk singgah walaupun asalnya tak dipersetujui Iman yang memang tidak suka dengan kepadatan manusia, hahaha. Kami menyuruh Iman mencari meja kosong sementara Sk dan Pak Inche mencari lauk pauk. Kali ini cara pembelian lauk dan nasi lebih sistematik dan jika anda baru pertama kali sampai pun ia tidaklah sukar kerana arah papan tanda ditunjukkan dengan jelas. Cuma, kalau anda datang berdua, anda mungkin mengambil masa yang lama sebelum dapat menjamu selera kerana kaunter lauk berkuah, bakar, nasi dan minuman semuanya berasingan.
Kalau dahulu pelanggan masuk main redah aje, sekarang ni cuma ada satu entrance, dah macam nak masuk pasaraya besar, hahahaha. Di pintu masuk ni anda bolehlah mengambil talam atau dulang untuk meletak lauk pauk. Di sebelah kanan adalah bahagian bakar-bakar seperti kambing, ayam dan ikan.
Pelbagai jenis makanan laut yang dibakar.
Setiap darinya telah diletakkan harga, jadi tepukpoket dada tanya selera.
Bahagian kiri pula adalah bahagian yang menempatkan masakan berkuah seperti masak lemak cili api, gulai kawah, sup, sayuran, sambal dan ulam. Tak dan nak ambil gambar sangat sebab dok menampung dulang berlauk. Karang dulang ke mana, handphone ke mana tercampak, hahaha.
Puas dapat pilih lauk kali ni, hahaha. Pak Inche punya Gulai Kawah Daging Tulang Batang Pisang dan Sk punya pulak, Kambing Salai Masak Lemak Cili Api. Iman kalau dapat nasi berkuah air asam pun dah seronok sangat dia mencicah dengan Ayam Bunian tu. Tu pun Pak Inche nak ambil Sup Tulang, Sk kata tak payah sebab kuah banyak-banyak siapa nak makan.
Pelbagai jenis makanan laut yang dibakar.
Setiap darinya telah diletakkan harga, jadi tepuk
Bahagian kiri pula adalah bahagian yang menempatkan masakan berkuah seperti masak lemak cili api, gulai kawah, sup, sayuran, sambal dan ulam. Tak dan nak ambil gambar sangat sebab dok menampung dulang berlauk. Karang dulang ke mana, handphone ke mana tercampak, hahaha.
Puas dapat pilih lauk kali ni, hahaha. Pak Inche punya Gulai Kawah Daging Tulang Batang Pisang dan Sk punya pulak, Kambing Salai Masak Lemak Cili Api. Iman kalau dapat nasi berkuah air asam pun dah seronok sangat dia mencicah dengan Ayam Bunian tu. Tu pun Pak Inche nak ambil Sup Tulang, Sk kata tak payah sebab kuah banyak-banyak siapa nak makan.
Selain Nasi Bamboo, anda boleh juga cuba Nasi Bakar bersama kelapa atau bersama serunding.
Nasi Bakar bersama kelapa. Sedap jugak Nasi Bakar ni, tak menyesal la ambil. Pak Inche dan Iman makan Nasi Bamboo siap bertambah nasi ko.. 😁😁😁
Malas nak beratur kat gerai air, kami beli air minuman di kaunter jajan aje. Berpeluh-peluh ui makan, kiri kanan depan belakang sesak dengan manusia.
Lauk pauk sahaja, tidak termasuk harga nasi dan minuman. Jadi, datang sini selain kena bawa banyak bersabar kena juga bawa banyak uang.. Kuang kuang kuangggg!
harga lauk kat sini memang boleh tahan kan kak.. penah pegi sekali jer..
ReplyDeleteSelamat menjamu selera.
ReplyDeleteNak kena singgah juga nie nanti.. Lama tak datang sini..
ReplyDeleteDah lain sistemnya ye. Kami pergi 2 tahun lepas dah haha...
ReplyDeleteKerabu-kerabu kat sini best 👍
Kalau suami kita jangan harap lee nak makan dengan sesak macamtu, tak sampai ke entrance tu dah ajak pusing balik hahahahaha
ReplyDeletepost makan kak seri mesti buat saya terliur..
ReplyDeletepergh terliur tengok. hehehehe
ReplyDeleteFood kat sini kena dengan selera tapi tu lah, kepadatan manusia tu yang tak larat. #teamiman ;)
ReplyDeleteuih..padat..tengok menu pun sedap ni
ReplyDeleteMak oiii....sesekali bleh la layan kalau nak makan sedap kan..kalau selalu kopak or patah dua kad bank..haha
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*