MAKAN BIHUN SUP DAGING SELAMBAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum... 

BAB cari dan pilih tempat makan,  biasanya Sk memang serahkan kepada Pak Inche. Ialah,  Sk ni tak cerewet sangat tapi kalau tempat tu indah khabar dari rupa,  bersedialah menerima serangan bertubi-tubi dari Sk 😂😂

Ada masanya jugak Sk memiliki kuasa veto untuk memilih.  Ia akan terjadi saat Pak Inche kebuntuan idea, tak sempat scroll fb agaknya di mana tempat makan menarik dan sedap. Tapi,  kena pastikan juga menu yang disediakan ada pilihan untuk Pak Inche walaupun sekadar nasi lemak. 


Kali ini,  Pak Inche mengajak Sk ke Warung Bihun Sup Daging Selambak yang terletak berdekatan dengan Pekan Ayer Hitam,  Johor.  Pak Inche korang ni memang pantang sikit dengan bihun sup ni.  Pantang jumpa,  kata orang 😁

Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu,  pemilik warung ini senegeri dengan beliau.  Siap tanya lagi ada sambai merah tak?  Kalau ada sambai merah,  baru pior utagha katanya. 


Tuuuu dia...  Klia naaa! 
Selambak daging dia bagi dalam mangkuk tu. Bawah tu ada selambak bihun.  Selak bihun jumpa daging,  selak bihun jumpa daging.  Bihun dah habis pun pun daging banyak lagi.  Nangis wo nak habiskan,  hahahahah. 

Sk pilih makan stail utara dengan sambal merah tapi ternyata sedap lagi makan dengan sambal kicap. Sup sedap,  daging lembut cuma pekedai tak mahir menyediakan sambai merah bihun sup utara.  Sambal yang disediakan ni sambal tumis biasa.  Jadi,  nak sedap terpaksa jugaklah menyudu sambal kicap,  hihi. 


 Kuasa viral,  walaupun baru beberapa bulan dibuka,  pelanggan tidak putus-putus.  Yang pasti Bihun Sup Daging Selambak bukan sekadar indah khabar dari rupa tau.  Sudahlah berlambak dia bagi,  murah pulak tu.  

Warung ini dibuka dari jam 5.30 petang hingga 12 malam selagi stok daging masih ada. Cara ke sini, jika anda dari lebuhraya,  anda perlu keluar ke Plaza Tol Ayer Hitam dan kemudian ambil jalan ke Johor Bahru (Kulai). 

Atau Waze : BIHUN SUP SELAMBAK AYER HITAM

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasib la jauh..kalau dekat sure SA seret mak abah pi sini..dalam pantang pun dalam pantang la..dapat hirup sup tu...huiiiii sodap eh...

    ReplyDelete
  2. mak aiiii...memang berlambak-lambak dagingnya tu!!

    ReplyDelete
  3. It is really amazing information, visit OGEN Infosystem for the best Web Design Company and SEO Services in Delhi.
    Top 5 Website Designing Company in India

    ReplyDelete
  4. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!