ALHAMDULILLAH.. hari ini dapat memenuhi undangan dari bekas bos Sk, En Naam yang di adakan di Balai Serbaguna Taman Sri Pulai, Johor Bahru. Majlis hari ini merupakan majlis menyambut menantu, terima kasih En Naam atas jemputannya.
Sk mula kenal dengan En Naam ni tak silap dalam tahun 2005 atau 2006 iaitu selepas dua atau tiga tahun bertugas di Institut Teknologi Perindustrian Bukit Senyum. Semasa tu Sk antara staf yang ditugaskan untuk memantau pelajar di bawah program kerjasama Felda yang mana ia diketuai oleh En Naam dan En Khata (sekarang Dr Khata).
Walaupun selepas tiada lagi program kerjasama antara Felda, kami selalu berjumpa tambahan En Naam diletakkan di unit latihan kemahiran. Apa yang boleh Sk katakan, En Naam ni meerupakan antara bos yang sporting dan tidak sombong serta amat disenangi staf bawahannya.
Apabila Sk dipindahkan bertugas di Kolej Kemahiran Johor, masa ni barulah betul-betul sebumbung dengan En Naam. Tapi kini En Naam telah bersama unit lain pulak namun beliau tidak pernah melupakan unit kemahiran yang pernah diterajui sebelum ini.
Kepada En Naam, selamat menerima menantu baharu. Tak apalah, walaupun Sk tahu bos Sk tak baca pun blog Sk ni, hihihi, saja luahan hati dari seorang yang bergelar staf yang terhutang budi kepada bos yang baik hati dan prihatin seperti En Naam.
Buat kedua mempelai
Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke anak cucus.
Wassalam.
Macam mana nak diet kalau setiap minggu jumpa menu kondangan macam ni
ReplyDeleteda jumpa dengan selamat dewan sri pulai tu ye..hahaha
ReplyDeletewah kalau makan kenduri mcm ni mmg sy bertambah2 lauk hehe
ReplyDelete