PASUKAN PILIHAN TMJ MENANG BERGAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
Assalamualaikum...

SELASA lepas telah berlangsung Pertandingan Bolasepak Persahabatan antara Team Pilihan Tunku Mahkota Johor (TMJ) JDT menentang Team Media.
Tak silap Sk ini bukan pertama kali Pak Inche bermain bola bersama DYAM Tunku Mahkota Johor,  Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.  Cuma ini kali pertama Sk datang menyaksikan perlawanan. Sebenarnya sejak Iman dah besar,  Sk dah jarang temaN Pak Inche ke padang tapi disebabkan sekarang dah tinggal berdua, Pak Inche pujuk jugak Sk ikut tengok dia bermain.  Kalau ikut hati memang malas nak ikut tapi macam tak sampai hati pulak,  hahahaha..  kita ikutlah kali ini siap ambil cuti lagi keesokan harinya sebab sehari sebelum perlawanan Pak Inche dah check-in Thistle Hotel supaya dapat bersama team sepanjang dua hari di Tanah Jauhar. 


Aduh!  Rindu sungguh dengan Stadium Larkin ni.  Sejak ia dinaik taraf Sk hanya datang beberapa kali sahaja lepas tu Sk lebih rela duduk di rumah.  Alah,  Sk ni bukannya minat bola pun. Masa zaman Abbas Saad dengan Erwin Boban tu memang gilerlah jugak lepas tu dah tak ikut sangat perkembangan sukan bolasepak tanah air sehinggalah berendut dengan Pak Inche,  hahahah.. 


Mungkin ramai yang tak tahu Pak Inche ni dulu pernah berada dalam team Kedah Darul Aman tapi beliau tidak meneruskan penglibatannya dalam arena bolasepak kerana kecederaan lutut.  Siapa yang kenal Pak Inche mesti perasan dia jalan macam mana,  kan..  Haaa..  Tu lutut dah kena makan anai-anai punya pasal la,  hahahaha. 

Malam tu Team Media tewas dengan  Team Pilihan TMJ JDT.   Sepanjang perlawanan memang nampak agak berat sebelah jugaklah maklumlah pilihan TMJ bukan calang-calang berbanding dengan Team Media yang hanya sekali sekala turun ke padang. 


Lepas game,  pemain dan petugas dijamu dengan hidangan western dan BBQ. Dah kepenatan dan kelaparan tengok masing-masing makan penuh pinggan,  maklumlah orang lelaki apa dia kisah,  kan.  Yang kisah ni perempuan,  makan sikit pun gemuk apalagi makan banyak..  Tolongggg! 






Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah..Pak Inche SK pemain bola suatu ketika dulu...bagus la..kiranya team dia team pilihan TMJ la kan..

    ReplyDelete
  2. Wow. Pak Inche pemain bola rupanya. hebat hebat...

    ReplyDelete
  3. Makan sikit ke makan banyak ke, walaupun makan kat padang, tetap juga gemuknya, tak tau nak makan kat mana ekkkk...hahahaha

    Lepas ni nak ikut Pak Inche tau!!

    ReplyDelete
  4. wahhh tassangka pak inche bekas pemain bola kedah!!!

    ReplyDelete
  5. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!