Assalamualaikum...
DAH lama rasanya tak jalan-jalan ke City Square. Padahal rasanya ada jer pergi ke sana, sebenarnya Iman la yang katanya dah lama tak jalan-jalan ke sana. Disebabkan Pak Inche ada exhibition MyRumah di JBCC. pada Jumaat dan Sabtu lepas, Iman kata, jomlah kita pergi tengok babah kerja.
Lepas tengok Pak Inche kerja, kami ke City Square. Memang letak kereta di City Square pun sebab Sk gayat la parking kat JBCC, hahaha. Sk terus ajak Iman makan di Food Court CS rupanya dah tutup laaa. Sejak bila tutup, tak tahula sebab seingat Sk, sekali jer pernah makan di situ. Nampak Astons, terus ajak Iman ke sana, tak tahu yang Astons dibuka di sini ingatkan ada di Paradigm Mall, aje.
Iman dari hari tu nak makan Spaghetti Bolognese. Set pasta didatangkan dengan Mushroom Soup dan sekeping Roti Bawang Putih sebagai pembuka selera.
Supnya pekat dan sedap.
Spaghetti Bolognese yang tak ada seni menghidang, hahaha. Sos bolognesenya biasa aje, kurang tomato pes tapi dagingnya tak lokek.
Sk pilih Chicken Grill dengan Spiral Pasta dan Brocolli sebagai side dish. Set ini datang bersama minuman ringan.
Sedap perapan ayam ni walau tak cicah sos pun tetap sedap tau.
Sambil makan dengar Iman cerita pasal kehidupan di Poli. Ada seronok, ada tak seronoknya. Begitulah kehidupan anakku, semoga yang baik-baik sahaja mengiringi perjalananmu.. Amiiinnn.
Lama x buat mama bonding dengan Dania..kena buat ni sekali sebelum dia exam September nanti
ReplyDeleteSedapnya steak dia tu, sekarang ni kita kemaruk nak makan steak ajeee...adeiii sapalah nak teman makan steak ni ek hehehehe
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*