TOPOKKI LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
Assalamualaikum... 

TOPOKKI lagi untuk sarapan semasa Iman ada di rumah cuti pertengahan semester lepas.  Sebolehnya,  sebelum Iman balik nak jugak masakkan topokki untuk Iman. Kali ini Sk beli Rice Cake dan Sosnya dari pasaraya NSK.  Haaa..  Sebelum tu Sk nak minta maaf tau sebab Topokki yang Sk masak sebelum ni bukannya dibeli dari Family Mart tapi sebuah kedai menjual makanan Korea di Paradigm Mall.  Sorry.. tersalah,  ialah,  merata sebelumnya memburu topokki ni jadinya sampai terlupa beli kedai yang mana.  Tapi lepas ni dah tahulah,  tempat yang mana senang nak cari topokki ni. 


Kalau topokki yang Sk masak sebelum ini,  rice cake dan sosnya didatangkan bersama tapi kali ini ia dipek berasingan.  Jadi terpulang pada andalah sama ada hendak membeli rice cake sahaja dan menyediakan sos homemade atau membuat rice cake homemade dan membeli sos yang telah siap. 


Disebabkan Sk ni memang M nya sangatlah besar,  maka Sk memilih membeli sos topokki yang telah siap.  Kita baca dulu label pada bungkusan supaya tidak mengandungi bahan terlarang.  Kalau was-was tu tak payahlah beli ya. 


Ingat Sk rajin ke nak menggentel rice cake,  hahaha.  Beli siap jer ni haaa..  tak payah nak susahkan diri. Cara memasak ikut saja arahan pada label bungkusan. 


Untuk rice cake ini ada pengesahan halal dari Korea jadi tak perlu was-was lagi.  Lepas tu bolehlah mula merebus rice cake bagi melembutkannya sebelum dimasukkan sos. 


Kalau suka,  boleh juga masukkan fish cake atau meatball yang telah dipanggang terlebih dahulu.  Kemudian masukkan sahaja ketika mereneh topokki,  lagi berganda sedapnya tau.  Masak sehingga sos pekat.  Oh,  ya..  Sos yang ni agak pedas dan kurang manis jadi Sk tambah sedikit gula,  kasi umph! 


Makan masa panas-panas tau..  Hahaa..  bukanlah panas mendidih tu tapi jangan makan bila dah sejuk. Letaklah slice cheese sekeping dengan telur tiga suku masak,  wallaweiii..  😁😁😁

Sebungkus ni rasanya cukup untuk hidangan empat hingga lima orang,  jadi apa kata lepas ni kalau anak-anak nak makan topokki beli jer yang ready made ni di Pasaraya NSK.  Ni kalau kat restoran Korea mahu RM15 oi semangkuk,  yang ni satu set baru RM18, sungguh berbaloi-baloi. 

Selamat mencuba. 






Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Berbaloi-baloi rasanya...bolehlah nanti nak beli dan cubanya...

    ReplyDelete
  2. mak ai..kejamnyaaaaaaaa seketul kak seri

    ReplyDelete
  3. berbaloi betul buat sendiri dari beli kat kedai

    ReplyDelete
  4. Saya suka topokki dr Myeongdong restoran. terliur pula tgk tu

    ReplyDelete
  5. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!