MEMBUAT BISKUT SUSU BERSAMA BUDAK TADIKA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum... 

BELEK-BELEK handphone terjumpa pulak gambar lama masa Sk mengajar anak-anak dari sebuah tadika menyediakan biskut.  Tak silap, masa tu tadika tersebut menjalankan program lawatan sambil belajar. Jadi kolej tempat Sk antara yang terpilih dalam program tersebut yang mana Sk dan seorang pengajar lagi ditugaskan untuk mengajar anak-anak ini.

Biskut yang kami sediakan adalah biskut yang sedang viral pada masa tu iaitu Biskut Alien, hahaha. Tapi dalam kelas tu kita tak sebut la biskut alien tapi kita sebut biskut susu.  Biskut apa anak-anak??  Biskut susuuuu..  Hahahha. 

Senang giler resepi biskut susu ni, cuma menggunakan tepung, susu dan margerin. Macam tak percaya aje tiga bahan tu boleh menghasilkan biskut. Anak-anak ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  Di sebabkan ada ibu bapa dan kakak abang yang nak join juga jadi setiap satu kumpulan ada seorang dewasa untuk membantu membancuh dan mengadun biskut.  Maklumlah,  meja kerja dan peralatan semuanya saiz dewasa,  karang mangkuk lagi besar dari budak,  dahlah mangkuk besi kan,  mahunya terbalik.  Nak-nak pulak dulang pembakar semuanya memang lebar-lebar sebab semuanya saiz industri.

Tapi, maaflah ya, Sk dah lupa nama tadika ni, hehehehe.



Amboi, tak sabar anak baju biru tu nak tolong buat biskut ya. Langkah ni kalau bagi Budak-Budak alamat terbalik dapur kolej, hahaha.



Jaga-jaga jangan sampai termasuk kepala dalam mangkuk tu, hahaha.



Ini baru sebahagian, ada separuh lagi di kitchen sebelah.



Dah siap adun, dah jom buat biskut alien.. eh susuuuu.


















Ayah sape la niiii?









Haaaaaaaa.. ngelat!





Dah siap bakarrrrr!! Yehaaaaaaa!
Macam-macam rupa ada, hahahaha.


Dapat makan aiskrimmm!
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah happeningnya. Bebudak pun suka nampaknya.

    ReplyDelete
  2. Teringat viral biskut ni, bila dah siap ada yang macam alien kan...
    Tapi aktiviti macam ni, budak-budak memang suka!

    ReplyDelete
  3. hahahah tergolek dog seketul biskut susu tu bila da siap bakar

    ReplyDelete
  4. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!