Assalamualaikum...
MASIH ingat tak lagi kisah Pak Inche yang diberi peluang berbelanja sebanyak RM300 dalam masa dua minit di Giant Plentong? Boleh baca ceritanya DI SINI
Antara barang yang sempat Pak Inche sambar dalam cabaran itu ialah dua botol minyak masak dan sekampit beras 10 kilogram. Masa tu pulak kami baru aje beli barang dapur termasuk minyak dan beras. Jadi, fikirkan tak payahlah beli beras bulan depannya, kita pun seronok sajalah tambahan beras yang dibeli adalah beras berjenama yang jarang sangat berkutu dan biasanya beras sepuluh kilo akan habis dalam jangkamasa sebulan lebih.
Tapi.. ewah.. ewah.. dari sejak beberapa bulan lepas, bukan sahaja dah jarang memasak tetapi kuantiti beras yang dimasak pun dikurangkan sebab asyik tak habis. Nak kata diet, macam gems aje, hahahaha. Nak kata makan di luar selalu pun, boleh jadi jugak. Beras yang sedia ada tak luak, beras yang ni pulak dah mula berkutu. Dari luar beg plastik lutsinar mulanya Sk nampak seekor dua aje, lama-lama eh dia makin membiak pulak. Ish ish ish.. ni kalau dibiar mau semua tinggal beras kosong aje, marilah kita bertindak!
Geli sebenarnya tapi kalau dibiar makin menjadi. Semua beras tu Sk tuang dalam tong beras selepas mengeluarkan baki beras lama yang tinggal untuk lapan kali masak agaknya, hahahaha.
Lepas tu, Sk ambil tuala bersih dan letakkan di permukaan beras. Macam mana datang idea tu, spontan jer. Sk fikir kutu tu akan naik ramai-ramai atas tuala, senanglah kita nak buang dia. Jadi, Sk terus serkup jerlah permukaan beras dengan tuala untuk beberapa hari dan.. tu diaaa.. meremang oi bulu roma. Nasiblah kutu beras, kalau kutu manusia………. eiiiiiiiii. Sambil taip ni pun gatal tengkuk oi.. hahaha.
Geram punya pasal, SK curah dengan air panas. Mampus kau!! Hahahaha
Adeii.. yang peliknya beras berkarung-karung kat pasaraya tu tak berkutu pulak ek???
SA la tu..jarang masak..beras basmati yang 5kg tu berkutu..ni dah kali kedua dah ni...nak guna la petua ni..guna tuala eh..percaya tak utk SA beras 5kg tu boleh guna 4 bulan?
ReplyDeletehihi.. percaya aje.. sorang kan.. hihi
Deletedulu kak rose pun sllu jd macam ni... sekarang bli beras basmathi yg 5kg dan simpan dalam fridge... bio lapo kutu tak dapat makan!
ReplyDeleteUishhh kita baca pun meremang jadinya kak uiii..
ReplyDeleteBeras kita jarang berkutu sejak guna tempat beras yang ceduk ikut keprluan tu, kalau sebelum ni kita masuk dalam bekas tipuware tu, lama tak guna mesti berkutu..skrg alhamdulilah tak..
kannn pelik laa...kenapa yang kat pasaraya tak berkutu ek? sebab suhu bilik berbeza ke?
ReplyDeleteHarap2 berasnya masih boleh diselamatkan
ReplyDeleteLetak cili kering. Dalam beras..Cuba la. Dan bekas beras bertutup rapat. Takde udara vacuum ..
ReplyDelete