WALAUPUN topokki dikatakan sejenis jajanan Korea atau Street Food yang sesuai untuk kudapan petang, tapi pagi ini Sk sengaja memasaknya untuk sarapan. Sebab apa, sebab pagi-pagi lagi Pak Inche dah keluar menjemput bos dia dari airport, kiranya mereka terus pergi sarapan. Teringat ada topokki instant yang Sk beli di Family Mart, apalagi, bertukanglah kita pagi-pagi di dapur.
Ada macam-macam ejaan untuk Topokki ni tapi ia tetap benda yang sama iaitu kek beras pulut yang dimasak bersama sos yang pedas dan manis. Kemudian ikutlah kreativiti kita nak tambah bahan lain seperti biji bijan yang dipanggang (Sk tak ada), keju dan telur rebus. Sebungkus ni untuk hidangan seorang tapi Sk rasa dua orang pun boleh ni, kalau letak meatball pun mesti sedap. Lama mengunyah kek beras pulut yang kenyal tu membuatkan kita cepat kenyang agaknya, hahaha.
Dalam setiap bungkusan mengandungi satu pek kek beras pulut dan dua pek sos. Cara memasak ada ditulis di label dalam Bahasa Inggeris dan secara bergambar.
Cara memasaknya senang sangat kok. Cuma masukkan setengah cawan air dalam kuali bersama sos dan rice cake. Bila sos dah mendidih, kecilkan api dan masak hingga kuah likat. (sukatan sebenar 60ml tapi macam sikit beno pulak).
Dah siap, bolehlah hidangkan bersama slice cheese dan telur rebus. Sedap untuk tekak Sk yang tak cerewet ni.
Siapa yang nak mencuba tu bolehlah dapatkan instant topokki ni di Family Mart. Sk ada juga beli dari NSK tapi yang tu belum dicuba lagi, tungguuuu!
Tekak SA agak cerewet..hahaha..kalau western ok lagi..kalau Korean sangat limited..muahahahaha
ReplyDeleteWaaa... Sedap eh kak seri. Sini takde family mart lagi.. Huhu
ReplyDeletebelum pernah try makanan korean lagi.. kalau nak try kena makan sendiri.. husband dilah tekak cerewet x boleh makan benda2 yg pelik.. haha
ReplyDeletesedapnya menu korea..tp kalau rasa pedas korea, rasa dia lain mcm hehe
ReplyDeleteeee kita sukaaa ni! nak cari jugak la kat family mart nanti!
ReplyDelete