MAKAN PEDAS MEMANG SEDAP, LEPAS TU...

Seri Kandi Tanah Jauhar
7
Assalamualaikum...


SEJAK kelmarin, dah berjanji dengan kawan sepejabat, hendak makan Nasi Padang Highway. Sejak tu jugaklah terbayang sambal hijaunya yang basah-basah tu dicicah bersama pucuk ubi yang direbus begitu sahaja. Asal datang ke sini, memang tak ada lauk lain la yang Sk ambil selain pucuk ubi rebus, sambal hijau dan merah, terung dan sambal paru. Tapi masa pergi ni (semalam), paru tak ada, jadi Sk ambil ikan bakar.  Separuh dari pinggan Sk tu jer pucuk ubi rebus dengan sambal hijau tau. Adoh, sambil taip ni pun kecur, hahaha.


Lepas makan, lalu kat timbang ni, rasa macam malu-malu kucing gitu, kahhhh.
Kalau Sk naik timbang ni dan ia boleh bercakap, mesti dia marah kenapa naik ramai-ramai, berat sangat la tuuuu.. hahaha.
Teringat dulu-dulu kalau naik timbang ni, mesti bergilir-gilir demi nak jimatkan 20 sen. Maknanya masa yang seorang tu dah habis timbang, orang yang seterusnya kena naik siap-siap sebelum jarum dia jatuh ke 0 balik, hihihi. Siapa pernah buat macam tu? Ke… korang tak faham apa Sk cerita ni? hahahah.

Lepas tu, singgah cari dan beli barang-barang pejabat, masa tu jugak perut ni memulas-mulas. Haaaa.. itulah akibat beriya sangat makan pedas tadi, kan. Dahlah sayur tu banyak serat, tambah lagi dengan cili yang pedas tu, mendapatlaaaaa.. sampai ke malam pulak sakit perut.

Padan muka!

Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya suka makan sambal cicah-cicah ni. tapi sejenis memang tak tahan pedas. mesti meleleh hingus. tapi kalau tak pedas langsung tak kick la pulak.

    ReplyDelete
  2. dari pagi tadi perhati je mu makan macam-macam ... hahaha

    ReplyDelete
  3. Pernah buat..hahahaha....nampak sedap nasi padang tu ha..SA ingat nak pi Cibiuk..tapi makan nasi padang kalau tak pedas bukan nasi padang la namanya kan..sambal ijo tu...uiiii...terus teringin terlupa plak tengah pantang

    ReplyDelete
  4. Perut wak pun dah tak boleh tahan pedas.

    ReplyDelete
  5. Kalau kita, selagi tak pedas, selagi tu tak puas...alhamdulilah pulak takde effect mencirit selapas tu hehehe

    ReplyDelete
  6. weiii tak pernah buat gitu bab penimbang tu...tak terfikir pun...hahahaha!

    kita kalo makan pedas, memang abis laaaaaaa melecet

    ReplyDelete
  7. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!